Macam-macam cara orang nak jadi “jelita” sekarang ni sampai sanggup buat hal yang mengancam nyawa dan menggugat kebahagiaan di alam akhirat. Tapi sukati lah situ, kubur masing-masing.
Tapi tahukah anda, orang ugly pun ada kelebihan?. Ugly privilege?. Walau pun pelik tapi istilah ini wujud dan realitinya agak menarik untuk diperhatikan.
Selalunya bila orang bercakap tentang pretty privilege, kita terbayang individu yang mendapat layanan lebih baik hanya kerana rupa paras. Tapi ugly privilege pula ialah kelebihan yang datang secara tak langsung kepada mereka yang tidak dianggap “menarik” oleh standard umum.
Contohnya mereka biasanya kurang diganggu dan lebih dihargai kerana bakat atau kerja keras, bukan sebab paras rupa.
Mereka belajar berdiri atas kemampuan sendiri, bukan atas pujian atau perhatian. Kadang-kadang, bila tidak “dilihat”, mereka sebenarnya lebih bebas untuk menjadi diri sendiri.
Miss X bukan nama sebenar kata, beliau happy bila gurunya tak memilihnya sebagai heroin teater di sekolah, tak perlu menghafal banyak skrip, sekadar jadi pak pacak tapi dapat markah yang sama berbanding rakannya yang jelita. Di situ lah wujudnya ugly privilege.
Walau pun kedengaran zalim, ini ada satu kisah benar.. my friend ada satu perangai.. jika memilih kaunter di mana2, suka memilih yang cantik dan slim. Alasannya yang “comel” selalunya garang. Ok letew.. yang comel boleh berehat sikit jika dapat customer poyo macam kawan ai ni.
Dan satu lagi kelebihan yang jarang disebut ialah…bila usia makin tua, mereka lebih tenang. Sebabnyaaa.. Tiada kenangan manis masa remaja yang terlalu menjerat hati, tiada kisah masa muda yang perlu dikenang dan dirindu.
Sebab hidup seadanya, sederhana.. kerana dari awal sudah belajar menerima diri tanpa perlu dibandingkan dengan sesiapa.
Kadang-kadang, yang tak pernah jadi perhatian itulah yang akhirnya paling bahagia di hujung usia…sebab mereka tak pernah kehilangan apa-apa untuk diratapi.
Satu yg harus diingat, standard cantik juga berubah-ubah dari sebuah negara ke negara yang lain. Ada yang dipandang buruk di negara sendiri tapi dianggap unik dan exotic di negara lain.


kalau kata teman saya, "selama ini aku bukannya jelek, cuma salah pilih negara aja" hahahahahha...
ReplyDelete