Thursday, November 20, 2025

Baju tak siap-siap sebab Tukang Jahit Disihir.

Assalamualaikum guysss… cantik tak baju yang ai tempah di Jodja ni?

Kalau nak tempah macam ni, syarat pertama: kena menginap dulu di homestay kawan ai. (Iklan selingan sikit ya.) Tapi kena mention nama ai - Sam. (Miss Mirror memang mereka tak kenal, sebab ai belum benarkan blog ini mendonia buat masa ini. Kekeke) Bila sebut nama Sam barulah mereka bawa ke lokasi tailor tu.



Masa terhad, jadi ai tak sempat shopping kain di Indo.  So ai pun bawa la fabric apa adanya yang ai dah terbeli di Aussie dan jahit di Indo yang terkenal dengan kebaya janggan.


Dah tetas sikit dart belakang supaya badan bernafas.

Kebaya janggan.
Sebut betul-betul ya, jang-gan, bukan jangan. Kebaya ni kan aslinya dari sana, jadi tak hairanlah kalau hasil tangan mereka memang halus, kemas dan cantik.  Masa basuh tadi baru terperasan skirt (kain bawah) dia bubuh poket.  Rasa berbaloi pulak bayar lebih sikit.   Cuma.. tangan ai ni gatal tetas dart belakang tu supaya lebih sopan sikit sesuai usia.  Dah tetas, rupanya ada lagi lapisan dart satu lagi.  Jadi still ada rupa kebayalah walau pun tikus dah membaiki labu.

Tapi hari ni, ai bukan nak cerita pasal tailor di Jodja tu.

You all pun tahu… ai memang ada koleksi tailor seantero dunia. Malaysia, Indo, Thailand, Australia,  Afrika, Bhutan, India dan lain2. Tapi ada seorang kakak ni… ai memang ada soft spot untuk dia. Orangnya lembut, tapi kelakar. Pergi fitting pun boleh gelak dua jam. Banyak kali jugak ai hantar baju dekat dia, berpasang-pasang.

Paling last, ai hantar dua pasang kain. Tahun lepas kot? Sampai sekarang… masih tak siap.

Mula-mula ai ingat dia busy.

Tapi lama-lama, bila follow up, ayat dia tetap sama,  masih lembut, tapi ada hembusan nafas panjang di hujungnya.

“Sam… maaflah. Akak dah cuba siapkan… tapi badan Akak sakit. Malam tadi teruk lagi. Akak pergi berubat pun belum elok.  Akak kena sihir, Sam.”




Bukan sekali… tapi setiap kali janji nak hantar… tiba-tiba dia kena serang lagi.

You know that feeling, bila kita tahu orang tu memang nak buat… tapi badan dia tak mengizinkan?

Jadi ai redho.
Pasrah saja.
Entah bila baju tu siapnya. Satu pasang sebenarnya dah siap, tapi setiap kali nak hantar… sakit semula.

Sementara tu, masa terus berjalan, majlis anak saudara ai makin dekat.
Baju pula tak siap2.
Kain pula  hadiah dari teman Afrika yang ai cerita kemarin.

Moga kakak tu lekas sembuh. Kalau pun bukan sihir, mungkin kepenatan sangat kot.  Sebab warded semua.

Bila sebut bab sihir ni (bukan kisah kakak tu ya), kadang-kadang bukan orang luar pun yang buat… tapi… (sila sambung sendiri).   Heeeee seram.  Nauzubillahiminzalik.



6 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihirojiun...semoga dugaan yang melanda kakak tu berakhir la...kesian bila dengar orang di sihir ni

    ReplyDelete
  2. semoga akak tailor tu cepat sembuh.. lawa lah baju dekat gambar tu..walaupun tengok part bahu je

    ReplyDelete
  3. Cantik baju pada patung tu. Seram bab sihir2 ni.

    ReplyDelete
  4. Syoknya ada tailor seantero dunia. Cantik kebaya janggan ni. Kalau dah pakai gerenti elok sebab custom ukur badan sendiri walaupun di alter sikit. Seramnya bab sihir ni. Semoga dia cepat sembuh. Mungkin boleh ambil semula kain dan hantar pada tailor lain. Lama sangatlah pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aphiza - ingat nak buat mcm tu tapi yg selai tu dah siap, yg selai lg pulak dah potong tinggal jahit. Takut nt Tailor baru yg pening plak menyambung kerja org.

      Delete
  5. Jadi ingat dengan kostum yg dipakai dian Sastro di film Gadis kretek. Kebaya Janggan nya bagus2 semuaaaaaa. Kayaknya sejak movie itu, kebaya jangan jadi naik semula

    Aiiiih kalau soal sihir nih, terkadang percaya tak percaya kan. Saya sempat tak mau percaya, tp memang nyata. Krn teman saya pun terkena. Sekarang dah meninggal. Tak tahulah apa hukuman utk orang yg mengirim sihir begini 😔. Ngeri nanti akhir hidupnya

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.