Sebaik saja Pak Supir turunkan kami di Jodja City Mall, ikut hubby naik ke salon rambut dulu. Bila beliau dah mula sesi grooming, ai pun tinggalkannya di situ dengan janji,
“Jumpa kat lobby pukul 5.”
Sebelum bergerak, hubby sempat pesan, “Tolong carikan ole-ole untuk Mak.”
Jadi bermulalah misi mencari ole-ole untuk ibu mentua. Tengah ronda-ronda, terjumpa booth yang menjual pelbagai baju kelawar cantik. Dilayan mesra oleh Salesgirl yang ai kira lebih berusia dari ai kot.
“Mama Mertua Mbak badannya macam saya kan?” katanya lantas menyarungkan baju itu ke badannya sendiri. Sebelum tu memang ai ada la beri sedikit gambaran macam mana bentuk badan my MIL. Tapi tak sangka plak beliau boleh yakin saiznya sama dengannya.
Ai terdiam sekejap. Tapi entah macam mana, ai rasa macam tepat jangkaannya tu. Jadi ai pun bayar dan teruskan perjalanan.
Lepas shopping kecil-kecilan yang tak seberapa itu, perut mula la berkeroncong. Singgah ke food court di tingkat atas. Nampak ada terjual ayam taliwang. Yess! My favourite. Tetiba disapa mesra oleh adik kaunter yang pernah bekerja di KL. Alhamdulillah senang lah nak deal. Mulanya ai oder dengan kawan dia yang sorang lagi tapi macam tak faham bila ai sebut.. “Teh ais.”.
“Ais itu maksudnya ais batu ya?”. Tanyanya pada temannya itu.



Akakkkk....wah..dh sampai sana ye..SA suka ayam taliwang..best!! SA makan masa pi Lombok, company trip dulu....
ReplyDeleteMana bj kelawarnya kak? nk tgk jugak... ai meeting pun stress ke? hihihi
ReplyDeleteKak Mim - my MIL dah pakai.. segan plak nak mintak snap, entah dah diletak kat mana tah.
DeleteEh saya tak pernah ke mall ini laaah, baru tahu pun kak 😅😅😅. Tp memang saya menghindari mall tiap traveling di Indonesia. Sebab jujur ya, jakarta banyak sangat mall jadi saya tak nak ke mall kalo kota lain hahahahha.
ReplyDeleteSukaaaa ayam Taliwang. Tp kdg kalo beli di JKT, jrg ada yg betul2 pedas 😄
Orang sini suka bingung kalo disebut Ais. Sebab kami sebutnya es. 😅😄🤭. Es teh
Bagus betul jurujual tu buatkan orang yakin nak membeli. Belum pernah makan lagi ayam taliwang. Tapi set nasi begitu mesti sedap. Ada sambal dan sayurnya.
ReplyDelete