Wednesday, November 26, 2025

Kisah Brondong, “Baju Sihir” dan Jodoh.

Alhamdulillah… setelah pelbagai onak dan duri, akhirnya sampailah juga baju daripada Kakak Tailor yang tersihir itu.  Sehelai lagi masih dalam proses pembikinan, tapi tak apa… yang penting satu sudah berjaya mendarat.

Beliau hantar pada staff pagi ini sebab you know lah… ai masih berada di planet Marikh, belum turun-turun ke bumi lagi.

Dalam pada itu, ai nak selitkan satu doa. Moga staff kami, Pak Duda yang dah lama kehilangan isteri itu, dipertemukan jodoh dengan wanita solehah.   Walau pun cintanya pada arwah isteri masih membayangi, hari-hari tetap ku doakan agar hidupnya kembali bersinar sebagaimana Mama Zie, ibu Sheila Hamzah yg kembali ceria tahun ini.  Aamiin.



Kain Afrika yang kawan ai hadiahkan ni kan panjang berela2 dan lerang besar.  Badan ai pulak jauh lebih kecik dari mereka.   Sebab tu jangan pelik plak kalau ai ada 2 design berbeza dari kain yg sama sebelum ini.  

Sebenarnya teringin juga nak buat clutch atau beg dari leftover macam kelazimannya orang2 Afrika pakai tapi ai tak pandai plak nak buat sendiri.


Doa Memakai Pakaian Baru.. 

“Ya Allah, hanya milik-Mu segala pujian, Engkaulah yang memberi pakaian ini kepadaku. Aku memohon kepada-Mu untuk memperoleh kebaikannya dan kebaikan yang ia diciptakan kerananya. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang ia diciptakan kerananya.
Aamiin Ya Robbal Alamin.” 



Makan brondong jajanan Indonesia ni teringat plak kawan ai.   Beliau hari tu minta carikan jodoh setelah meninggalnya suami.  Bercerita lah pasal “brondong”.   Dia kata dah bosan menjadi ibu tunggal, yang ngorat plak cuma “brondong2”.  Lantas menjelaskan maksud brondong tu, mungkin macam set2 “ikan bilis” ler kot.   Eh!.  Ikan bilis pulak.  ANAK IKAN la. 

Ai pun dah lama tak jumpa beliau, harapnya dah jumpa la yang sesuai di hati.   Set-set Mak Datin ni ai takut nak tolong2 carikan (jodoh).  Kot la tak memenuhi piawaian dan audit.  Hihi.



4 comments:

  1. Wah..boleh la akak melaram ngan baju baru nanti...x sabar nak tgok rupa paras bajunya...cari jodoh untuk orang SA pun x berani....seram...kang jadi masalah kita plak yang disalahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA - I sendiri pun blom nampak baju tu, staff yg snap dari kejauhan. Lawo la hendaknya ye.

      Delete
  2. Berondong tu maknanya lelaki yang lebih muda darinya

    ReplyDelete
  3. Hahahahahahahah dr awal baca berondong, yg dalam pikiran saya memang laki2 yg usia di bawah si wanita jauuuh. 😅🤣. Kata berondong dengan makna popcorn masih dipakai juga, tp tak terlalu terkenal di Indonesia istilah itu. Palingan hanya beberapa daerah yg memakai. Orang2 LBH suka pakai kata popcorn utk sebut.

    Kalau berondong memang langsung terpikir ke lelaki muda 🤣

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.