“Anteng-anteng kitiran,” ujar Pak Supir tiba-tiba, tak ingat entah kisah apa yang kami bualkan hingga timbulnya bidalan itu, suaranya tenggelam timbul di antara bunyi enjin kereta dan deru angin yang menyapa sawah di kiri kanan jalan. Cerun yang curam di Pule Payung terasa landai kerana Pak Supir pandai menghiburkan kami dengan kisah dan peribahasanya.
Kitiran bermaksud kipas angin, anteng bermaksud tenang.
Saya tersenyum kecil. “Apa maksudnya tu, Pak?”
Dia ketawa perlahan. “Biasanya dipakai untuk orang yang tenang, tak banyak bicara, tapi dalam diamnya ada sesuatu.”
Lelaki berkelulusan ijazah Universitas tempatan ini meneruskan penjelasan dengan bahasa Indonesia yang lembut, kadang-kadang kami sama-sama berbahasa Jawa tapi sebagai menghormati suami yang tak fasih, terpaksa la kami berbahasa Indo, kadang-kadang berbahasa Inggeris bila dah tak faham sangat dengan bahasa negara masing2. Bicaranya penuh kiasan dan perumpamaan, membuat saya makin tertarik mendengarnya. Saya mengangguk-angguk, cuba memahami. Dalam hati saya meneka sendiri.. oh, mungkin sama macam peribahasa kita, diam-diam ubi berisi.
Perjalanan ini rupanya bukan sekadar berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Ia juga perjalanan memahami manusia dan makna di sebalik diam.
Kalau difikirkan semula, dah macam kisah Musang Berjanggut versi moden pun ada. Bezanya, kalau dalam kisah itu raja menyamar jadi orang susah, tapi dalam cerita saya, yang menyamar bukan raja... tapi kawan saya sendiri.
Saya masih ingat, di Aussie dulu kawan saya yang masih slim dan cantik itu nampak sangat sederhana. Tutur katanya lembut, bajunya ringkas, selalu merendah diri, cara hidupnya pun seperti orang biasa cuma bicaranya melambangkan wanita classy, berbasi-basi. Saya ingat dia perantau yang sedang berjuang mencari rezeki, jauh dari tanah air. Malah saya pernah sama-sama menangis mendengar perjuangannya di bumi kangaroo. Tak pernah terlintas di fikiran bahawa di negaranya, dia sebenarnya... Masya Allah tabarakallah.
Bila saya sampai ke rumahnya di Indo, saya hampir tidak percaya dengan mata sendiri. Rumahnya besar bagai istana kecil, bangunan kedainya luas dengan halaman yang rapi dan udara yang sejuk. Bibiknya ramai, bukan satu dua, tapi cukup untuk saya hilang kira.
Malam itu kami dijemput menemui ibunya. Persis2 Bunda Hetty Koes Endang, level-level kayangan begitulah.
Saya hanya mampu tersenyum, sambil teringat kembali kata-kata Pak Supir tadi. Anteng-anteng kitiran.
Benar, ada orang yang tak perlu bersuara lantang untuk menunjukkan siapa mereka. Ada yang hidupnya sederhana di mata dunia, tapi dalam diam, tersimpan rezeki, budi dan rahsia kehidupan yang tak semua orang tahu. Dan hari itu, saya belajar bahawa kadang-kadang, yang paling “berisi” itu... memang tak pernah merasa perlu bercerita.

bausnya dapat berbahasa jawa juga..linda pun tak berapa nak fasih.. tapi faham la apa yang diperkatakan..
ReplyDeletebetul tu kak..ada aje yang x nak orang tau...
ReplyDeleteAaaghhhh sejuk hati bacanya kak ❤️❤️❤️. Saya pun pernah baca, terkadang orang yg benar2 kaya, tidak pernah menunjukkan dia kaya. Bahkan dia tak perlu validasi itu semua. Tp orang yg suka flexing barang mewah, justru biasanya tidak ada apa2.
ReplyDelete