Tuesday, December 9, 2025

Orang cantik pakai guni beras pun lawa.

Tadi terbaca kisah lama Sushmita Sen yang kononnya gaun dipakai masa pertandingan Miss Universe dibuat daripada kain langsir. Sekelip mata terus rasa menyesal buang langsir rumah Aussie bulan lepas.  Kekeke.

“Macam la muka setanding Sushmita.”

Hakikatnya, orang cantik ni pakai guni pun tetap lawa. Yang beza cuma aura dan keyakinan masing-masing.



Bayangkan buat baju raya tema rich brown, rupa-rupanya dari langsir.



Kalau sekadar untuk pertandingan, bolehlah pakai apa-apa kain sekali pun. Tapi bila masuk bab real life, tujuan baju paling utama ialah untuk  keselesaan (dan menutup aurat) serta haruslah tak buat orang sekeliling pengsan. Cuaca Malaysia kan panasnya memang tak bertolak ansur.  Kalau kain tak serap peluh, memang boleh bertakung, aroma pun boleh tahan. Tambah pula kalau musim raya, dari pagi sampai malam berjalan rumah ke rumah; memang perlukan material yang betul-betul selesa.

Tapi idea guna kain langsir tu sebenarnya tak buruk pun. Apatah lagi jika Tailor memang pro. Banyak langsir sekarang corak cantik-cantik, ada renda-renda, kadang-kadang kalah kain baju kurung. Kalau rajin dan kreatif sikit, memang boleh saja buat dress atau top yang unik.   Cumanya, pastikan langsir tu bukan jenis blackout curtain (kecuali beraya di Aussie). Kalau tidak,  kita pula sengaja ‘merebus diri sendiri’ di bawah matahari.

Dan masa tengah fikir pasal kain langsir ni… terbaca pula komen netizen.

Rupanya masa dorang belajar fesyen dulu, kain langsir memang selalu digunakan untuk buat baju pengantin. Oh really?. Terasa macam terbuka satu dimensi baru. 

Lagi satu, ada yang bercerita tentang dark side dunia jahitan. Katanya, banyak baju yang berkilau-kilau atas stage tu bukanlah hasil jahitan manik yang teliti pun. Ramai sebenarnya buat cara “tampal-tampal manik ekspres” saja. Asal nampak glam di spotlight, kira lulus.

Terus ai teringat seorang kawan masa beliau wedding dulu. Dia jahit sendiri baju nikah. Simple dan cantik  ada sentuhan jiwa dia sendiri, labuci dan renda pun main tampal-tampal. Lepas tu  dalam telefon dia cakap :

“Dulu akak kan belajar jahit labuci dengan Miss Mirror.”

Ai pun tak pasti itu gurauan atau betul-betul memori dia, sebab ikut ingatan ai, tak pernah pula ai ajar sesiapa bab labuci ni. Atau mungkin ingatan ai yang mula kabur sikit-sikit. Apa pun, rasa bangga juga la sekiranya ilmu ai berjaya diapply di alam reality.  Untuk hari besar pula tu.

Sebenarnya dari kisah-kisah kecil ni, satu perkara jadi jelas:    kita boleh je buat penjimatan tapi still lawo.  Yang penting YAKIN.  Sesaja ai buat entri ini untuk meng“azankan” diri sendiri yang asik gatal nak menyoping baju.  

p/s.  :    Ai pulak tengah mikir nak buat clutch dari leftover kain Afrika tapi tak de plak orang nak buatkan.


3 comments:

  1. dulu berlabuci.. berbatu.. skrg ni selesa yang polos.. nasib tak masuk pertandingan. kalau tak memanjang kalah jer :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deqsu - renda & labuci kembali jadi trend skg ni, suka tengok org jual je. Nak beli masih mikir2 sbb takut menghilangkan keselesaan.

      Delete
  2. iye kak... labuci, manik2, nie.. asal tampal je.. hihihi... dulu rajin memanikkan baju2.. sekarang entah la.. hahaha

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.