“Miss Mirror kalau ke Pakistan, mesti zikirnya terpaling banyak.”
Ujar seorang pakcik kepada suami yang memang rajin travel.
Kami ketawa saja. Haha.
Tapi bila dengar cerita jalan yang dilalui curam, berliku, naik bas pula, terus rasa seram sejuk. Dengar pulak Makcik yang selalu steady sampai pucat lesi tak cukup oksigen dalam bas, dengar pun dah cukup buat jantung berdegup laju.
Sempat juga kami tanya rating negara-negara yang pernah beliau lawati,
sekadar pandangan peribadi dari sudut pengalaman makan dan sebagainya.
Pakistan: 5/5
Vietnam: 3/5
Jadi… Vietnam kita KIV dulu lah 😅
Buat masa ini.
Apa pun, semua ini hanyalah pendapat peribadi.
Tahap kecerewetan orang berbeza-beza.
Yang menarik perhatian ai sebenarnya perkara lain.
Semua gambar yang dirakam sepanjang perjalanan beliau
telah siap dicetak dan disusun dalam sebuah album.
Cantik, kemas dan harganya cuma RM70 untuk 70 pcs kot.
Terfikir juga nak buat perkara yang sama.
Cuma belum tahu lagi…
di mana. Nak kena google ler jap lagi.

Sampai skr saya belum pernah ke Pakistan. Tapi teman2 ada yg banyaaak dah kesana. Semua bilang, 'pakistan negara tercantiiiiiiik yg pernah mereka datangi' ❤️❤️❤️❤️. Dan kalau kesana jangan winter, sebab banyak wisata yg ditutup. Jadi rata2 September. Lihat foto mereka, memang laaah saya teringin kaaaak.
ReplyDeleteTp nak selesaikan dulu negara2 antimainstream yg saya nak visit. 2026 nih dah niat ke Mongolia dan ke Rusia naik transit Siberia. Jadi dari ulanbatar ke Moscow , naik trans Siberian. Makan waktu seminggu kurang lebih 😁.
Nantilah, kalau Mongolia dan Rusia dah tercapai, baru saya pikir Pakistan.
Fanny - Masya Allah!. Bestnyaaa. I kalau nak pegi Pakistan mungkin tak mahu naik bas, mereka bilang ada option lain, maybe domestic flight. Jadi tak perlu hadap jalan2 yg berliku2.
Deletebaru lepas pergi jakarta kak sam selepas berpuluh2 tahun. nak jejak vietnam entah bila.. inikan pula pakistan. takut nak travel luar dari Malaysia. huu huu
ReplyDeleteHihi. Biasanya yg takut2 tu la akhirnya merata dapat pegi. Last2 Allah hilangkan takut, dah jadi addicted. 😁
DeleteTak pernah sampai lagi Pakistan..Vietnam pernah...SA memang ada plan nak ke luar negara..tapi sekarang jaga PZ kan..dia x berapa nak sihat..x sampai hati nak tinggalkan dia ngan adik beradik..
ReplyDelete