Assalamualaikum guyssss!.
Sabtu semalam kami tak ke mana sangat sebab banyak buffet ramadan yang dah fully booked. Tu la ngengada gi promote kat blog, sudahnya semua buffet favourite fully booked. Nasib la Encik Suami tak cakap macam tu macam tahun2 lepas. Haha.
Relax la, banyak lagi tempat lain. Jadi Ahad kami try contact lebih awal pagi, dapat la book di Dorsett Hotel ni. Kami pegi bertiga, bawak my MIL yang tengahari tu baru balik dari rumah anak yang lain.
Teruja juga dengan kuih dalam punjut pisang tu, tapi nak ambik macam malas plak. Sebab tak pasti apa dalam dia, jika lepat pisang, saya suka. Kalau cuma tapai nanti membazir pula sebab saya tak makan.
Kek2 dia pun okay, lembut dan premium. Tak la macam kek yang penuh soda bikarbonat. Memang turn off.
“Wah!. Mewahnya saffaron dijadikan dessert.”
Rupa-rupanya kunafa.
Berbeza rupa-rupanya kunafa di Malaysia dengan di Aussie mahu pun di Mekah. Di sana kunafa dimasak ranggup dan lebih cheezy macam kita makan pizza. Dimakan panas-panas bersama aiskrim.
Mostly memang macam dalam gambar ni lah kunafa Malaysia yg saya temui di mana2. Lembut2 manja. Tak pe la, selera masing2 kan?. Mungkin selera orang kita suka kunafa versi manja. Raikan perbezaan.
Overall saya berpuashati iftar di sini. Masya Allah tabarakallah. Terima kasih Allah atas rezeki-Mu. Ia juga menawarkan discount untuk warga emas. Kali ni hanya my MIL yang layak, sementara suami pula tetiba jadi lebih muda pulak bila makan di hotel ini (tak dapat discount). Hahahaha.
Lokasi : Dorsett Putrajaya, Percinct 3
P/s. : Just my personal opinion dan tidak mewakili tekak seantero dunia.









waahh koreannnnn & nasi mandy.. kambing golek ada skali tak? ehehe
ReplyDeleteAnamizu - Ya la baru terprasan, mcm tak de kambing golek.
DeleteMacam saffron ye warna merah. Rupanya kunafa.
ReplyDeletebiasa tgk kunafa hijau...ni merah..sronok berbuka puasa kt hotel..mcm2 menu ada
ReplyDeleteFirst time gak tgok kunafa warna merah dah macam saffron plak..SA sangka saffron td...best la akak berbuka kat hotel...macam2 ada...
ReplyDeleteUwaaaah banyaknya menu yaaaa 😍😍😍😍. Saya pikir pun tadi saffron kak 😄. Ternyata bukan. Ntah berapalah harga buffet per orang kalau itu benar saffron 🤣🤣🤣. Beli sedikit saja dah mahal sangat harganya.
ReplyDeleteTadinya saya sempat galau, nak stay di Putrajaya atau KL untuk Juni nanti. Saya nak refreshing solo ke Malaysia. Tp akhirnya memutuskan stay di KL 😄. Biar banyak tempat kuliner bisa saya coba