Tuesday, September 29, 2026

Bukan Sekadar Lintasan Hati

Lama tak menyembang dengan seseorang ni. Saya namakan saja beliau sebagai Pn A.


Dalam sembang kami, beliau ada bercerita tentang satu angan-angan. Katanya, kalau boleh, beliau nak menantu perempuan yang kampungnya ada dusun.

Saya tersenyum mendengar.  Menarik pula angan-angan tu.

“Insya-Allah, mana tahu… moga terkabul. Tak ada yang mustahil kalau Allah nak bagi.”


Sebab saya pernah mengalaminya.

Waktu tu, anak kami kecik2 lagi, saya pula student, untuk hilangkan stress hampir setiap petang saya temankan hubby pergi memancing di satu tempat ni sampai larut malam. Pantainya cantik, tapi perjalanan nak ke sana bukan sekadar jalan lurus sampai destinasi. Kena melalui beberapa buah perkampungan yang tenang dan menarik.

Nun jauh di sana… jauh dari hiruk-pikuk bandar Perth.



Sepanjang perjalanan, sesekali kami berhenti di petrol kiosk. Saya beli cappuccino, masa tu belum lagi diet caffeine. ๐Ÿ˜‚

Bukannya ada gerai pisang goreng tepi jalan. Kalau ada, lagi bahagia agaknya. Hihi.

Tapi entah kenapa, suasana kampung yang kami lalui tu buat saya rasa tenang. Rumah-rumah kecil, jalan yang sunyi, pemandangan hijau… semuanya nampak sederhana, tapi ada sesuatu yang menyentuh hati.

Sampailah tanpa sebab yang jelas, terdetik dalam hati saya…

“Bestnya kalau ada sedara kat kampung ni. Boring-boring petang, boleh singgah.”


Tak ada rancangan. Tak ada siapa-siapa pun yang saya kenal di situ.  Paling2 pun kalau dapat Makcik Angkat.

Cuma satu lintasan kecil dalam hati.  Benda ni berulang-ulang setiap kali ke sana.

Hari berganti bulan, bulan berganti tahun, anak2 pula semakin membesar.  Saya pun tak fikir apa-apa lagi selepas tu.   Suami pun dah tak minat memancing lagi, jadi dah jarang ke sana.

Tapi rupanya…

Ada benda yang Allah sedang susun, perlahan-lahan, tanpa saya sedar.

Dan bila saya pandang semula ke belakang, baru saya faham… “Oh kat situlah rupa-rupanya anak menantu saya tinggal.   Patutlah kami asik nak memancing kat sana.  Haha.   Suratan dan kebetulan.   Walau pun insiden yang menemukan mereka bukanlah kerana terjumpa di tempat memancing atau jalan-jalan di situ.”

Kadang-kadang, apa yang kita sangka cuma lintasan, sebenarnya mungkin sudah menjadi sebahagian daripada doa yang Allah sedang aturkan sebab kita ni cuma nampak hari ini, Allah dah nampak keseluruhan cerita hidup kita.

Sekian.


3 comments:

  1. Masya-Allah, tersentuh membaca perkongsian ni Kak Sam. Betul sangat, kadang-kadang apa yang terdetik dalam hati tu sebenarnya jalan cerita yang Allah dah susun cantik untuk kita. Paling tak sangka bila lintasan masa lalu tu berkait terus dengan jodoh anak/menantu. Terima kasih atas perkongsian ringkas tapi penuh hikmah ni

    ReplyDelete
  2. Menarik bila dikenang semula, tempat yang dulu sekadar lokasi memancing akhirnya jadi tempat anak menantu menetap. ๐Ÿ˜Š Memang ada perkara dalam hidup yang hanya nampak kaitannya selepas bertahun-tahun berlalu.

    ReplyDelete
  3. Ahh betul juga ya kak... Terkadang apa yang kita harapkan duluuuuu, pada akhirnya bisa terkabul di masa hadapan. Padahal kita sendiri mungkin dah lupa dengan keinginan itu. Tahu2 berapa tahun kemudian, Allah kabulkan ๐Ÿ˜„.

    Best sangat jika ada kampung yang cantik seperti itu. Mungkin saya tak akan bosan Untuk datang berkali2 ๐Ÿ˜„.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.