Selalu buat survey ala2 questionaire kat belog ni... tapi tak pernahnya buat penggulungan, maka di malam nan hampir gelap gulita ini (tetiba je mcm nak blackout taman perumahanku ini tp tak jadi)... I ingat nak buat penggulungan kpd beberapa topik yg pernah ditanyakan kepada para teman blogger budiman. Thanks semua kerana sudi melayan "kegedixkan" Kak Mirror dgn persoalan2 ini..
Bil. Tajuk Entry
1). Layan tak tetamu yang "bukan tetamu" you all ?
- Kak Mirror tetarik dgn pendapat adik blogger ni..
"Tak berapa nak melayan sedara mara yg ala2 Datin". Wah!. Perlu muhasabah diri nih.... So puan2... kalau nak bertamu ke rumah orang, silalah kurangkan kedatinan anda... kang org malas nak layan kita, kita merajuk lak.. ( Dengar tau Datin Y?. Pls take note ye... kih kih kih).




2). Suami Anda Kisah Anda Berblog?
- Kebanyakkan blogger mendapat restu dari suami masing2 dan mereka faham batas2 penulisan dlm dunia blogging.
3). Air Tangan Isteri Boleh Buat Suami Gila Talak
- Majoriti setuju bahawa kaedah paling berkesan untuk menambat hati suami ialah melalui perut mereka ( masakan). So, sila boroi2kan suami anda.
4). Karisma - Pembawakan Sejak Lahir Atau Boleh Dicipta?
- Takde jawapan yg specific untuk persoalan ini, masing2 cuma cakap Dr. Sheikh Muzafar itu hensem dan berkarisma (langsung lari tajuk kan?. Ish ish ishhhh.... apa2 aje la kawan aku ni
).
).
5). Cadangan Bawa Handphone Ke Sekolah..
- Walaupun entry ini bukan entry survey sebenarnya, rata2 pihak guru yg menjawab komen tersebut kurang/tidak setuju dgn cadangan ini sbb bebanan guru yg sedia ada pun dah cukup byk, disamping takut benda ni mendatangkan byk keburukan kpd pelajar.
Ok la... cam ngantuk la plak aku ni... malam esok insyaallah ada entry makan2 tau
.. jgn marah... (kata kan Makruh mengepos gambar makanan yg bleh buat org puasa ngences, so kalau nak baca silalah dtg di malam hari). Hehe..
.. jgn marah... (kata kan Makruh mengepos gambar makanan yg bleh buat org puasa ngences, so kalau nak baca silalah dtg di malam hari). Hehe..