Tuesday, February 28, 2012

Kisah Ekin Mawi melahirkan anak dan sesuatu yg boleh kita pelajari darinya

Dah lama I tertanya-tanya apa khabarnya kandungan si Ekin isteri Mawi.   Alhamdulillah dah terjawab hari ni bila Ekin melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kg (secara normal.... huuu sakitnyaa... haha terbayang2)  di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi setelah Ekin dimasukkan hospital pada pukul 7.30 malam semalam.

Mari pelajari sesuatu dari Ekin...

Tapi ada sedikit ilmu yg boleh kita dapat di sini iaitu bila mana I baca itu ari bagaimana Ekin menjaga kandungannya setelah 2 kali keguguran.   (tak ingat la terbaca kat mana).   Ekin kata, keluarganya menjaga dia bagaikan anak raja di mana sepanjang kehamilan, beliau tak dibenarkan buat apa-apa. Malah ibunya sanggup tinggal bersamanya di KL semata2 untuk menjaga dia.  Maybe Ekin just makan tido, mandi solat je kot?  Wah seronoknya.....Hehe..  Sementara untuk penjagaan janin pula, beliau membuat suntikan menguatkan rahim

So, buat anda yg sering keguguran, kali ni kalau mengandung lagi... silalah buat cara macam Ekin ni kay!   Pengorbanan orang2 sekeliling memang diperlukan.




Gambo bayi? Buat masa ni takde.... korang tengok je la gambo2 rumah aku yg tengah kacau bilau hasil kerja2 diorang mengecat ni.


sian aku sensorang me"release" segala benda ni...
hubby I outstation... T __ T










menu desperate  pagi td sebab penat semalaman 
wat keja sensorang - lempeng kelapa



SAYANG NAK DIBUANG!!!

Dalam sibuk-sibuk memunggah gerobok lama, 
terjumpa buku-buku yg penuh sentimental value...


Subjek math terawal si Ain - Mental arithmetic


Subjek arab terawal si Ain ketika tadika

Antara majalah2 kesayangan masa baru2 kawin



Monday, February 27, 2012

Dulu Artis Sekarang Cikgu pulak..

Hilang sudah stress aku hanya sekadar meluah dalam entry kontot tadi.   Mungkin telah didoakan oleh teman2 blogger di luar sana akan kesejahteraan aku.  T.Kasih. Hehe..

Korang mesti pelik... kemain rajin la blogger ini mengupdate blog berkali-kali sehari..... tgh banyak B.E ke?  Hmmmmmm takde mananya.   Pakcik Nuff aku ni mmg mcm tu...... kejap muncul, kejap tenggelam.    Tapi aku tak pernah risau, as long aku dapat berinteraksi dengan kengkawan blogger aku kat sini dah buat aku rasa meriah sepanjang hari.  Sebab tu korang tak akan dpt beza sama ada aku tgh byk B.E atau sebaliknya.. entry tetap maintain sama.


Bahana aku asyik bercampur dengan teman-teman blogger yg majoritinya Guru (mengikut purata yg tak berapa jitu), korang tau tak..... lately ni kalau aku gi memana ramai orang menyangka aku ni Cikgu.   Agaknya aura-aura korang dah bertebaran kat muka aku ni kot?

Mari kita ikuti skrip di bawah :-


SKRIP I

AKUCUN :     Dik.... alamak! Napa mahal sgt charge ni Dik? Alahai... dah la baju mcm baju pregnant je.   Ni bawah pun cuma jahit tepi tak dilipat.... (cerewetnya aku kan?)


TAILOR  :    Dah boss bg rate mcm tu Kak.. nak buat mcm mana....  Eh... akak keja apa ha? Cikgu ye?

(Musykil aku... pehal tetiba dia tanya aku keja apa, apa kena mengena baju yg aku buat dgn profession?)

AKUCUN :  Tak la... akak model... :P



SKRIP II


MAKCIK SEDARA DARI KG  :  Eh lamanya tak nampak, sekarang keja apa kau Mirror?

AKUCUN  :   Goyang kaki je Makcik

MAKCIK SEDARA DARI KG :  Cikgu kan? (Makcik ni beriya mengatakan aku Cikgu dan seolah2 memaksa aku setuju dengannya).

AKUCUN :   Bukan... (Makcik tu memandang aku atas bawah... aku sekali lagi musykil).


SKRIP III

PENJUAL KUIH DEPAN RUMAH EMAK AKU :   Akak nak buat apa ambik gambar kuih2 saya ni Kak?  Oh ya.. Akak keja apa?  Cikgu ke?

AKUCUN   :   Kalau saya kata tidak?  

PENJUAL KUIH :   Tapi nampak gaya macam Cikgu je... Ni mesti Cikgu ni.



Pelik aku.... dulu orang menyangka aku ni retis... sekarang Cikgu  pulak...   Mungkin "kegedikkan" aku dah hilang kot sebab tu diorang nampak "aura Cikgu" kat muka aku.... wahahaha..


P/S :     Boss aku semalam kata ada benda nak suruh aku buat, tapi sampai skrg takde pun pass kat aku lagi.  Selalu mcm tu.... kata je ada benda nk buat, sudahnya bagaikan lupa... tu la akibatnya aku ni ibarat "Goyang kaki gaji free".





Cakap tak serupa bikin...


"Daripada Anas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku melalui pada malam aku diisra’kan dengan kaum yang dipotong lidah mereka dengan gunting daripada api, maka aku bertanya, “Siapakah kamu ini? Maka mereka menjawab, kami adalah orang yang suka menyuruh orang lain berbuat kebaikan tetapi kami tidak melakukannya dan kami suka melarang orang lain meninggalkan kejahatan tetapi kami mengerjakannya”. (HR Ibnu Hibban)

Semoga Allah menurunkan hidayah buatmu...  Amin.

Sunday, February 26, 2012

Jalan-jalan cari makan sambil berpantun 4 kerat...

   
 
Telur pindang di meja hidangan
Roti dicanai,  ditebar,  dihempas
Pepagi buta ku dah buat sarapan
Ke kedai juga kami ber"breakfast"

(Lokasi : Taman Perumahan berdekatan : semalam)





   


Hari semalam panasnya terik
Singgah makan di Pasir Gudang
Bakso mee memang menarik
Ramai orang berpusu datang


(Lokasi : Kompleks Pusat Bandar PG)
 
 

Aktiviti tengah hari tadi....  just main masak2 kat rumah...
 



 
 
Sedap ikan dimasak lemak
Mana sama lemak cili padi
Sedap makan di kedai mamak
Mana sama masakan isteri?

 
 
 
 
 
(menu lunch hari ni :  I masak lemak ikan berbelimbing buluh....sambal tumis ikan bilis, sayur sawi goreng)




Matahari sakit, bintang demam
Bulan sudah munculkan diri
Pizza domino makanan malam
itulah menu kita pada hari ini..

 
(sebab rumah tgh kecah, kacau bilau dgn barang2 cat, langsir diturunkan...
bla bla bla bla.. (alasan malas masak)... tak tau nak tido mana mlm ni?
menumpang kat rumah you all boleh tak? (gurau je..)
Jumpa lagi!!




Jangan lupa juga jengah entry2 baru jalan2 cari makan di sini.





Saturday, February 25, 2012

Baju Raya Aku Dah Siap...

Sorry... saja buat gempak..  Bukan untuk raya pun puan2.... saja je buat baju kurung barbie doll ni sebab ada kain terlebih itu ari (konon nak buat tudung syria tapi tak jadi).

Sebagaimana yg I tulis dlm entry baju raya 2012 , inilah dia baju yg I cakap tu...
Buat pembaca-pembaca yg itu ari  kata "Waa lawa fesyen ni... nak buat mcm ni jugak la nanti"... Ok..... terima kasih sbb sudi nak berboria dgn I tapi  I ingatkan dulu beberapa perkara :

1)   Fesyen ni kalau tersilap tailor..... memang macam orang ngandung dik.   Kalau nak lawo, you hantar la pada Rizalman Ibrahim (wahaha... macam la I pernah bertailor2 ngan dia).






   




Perlukah aku berterus terang pada dunia yg sebenarnya aku tak ngandung.... tolong!! T __ T
Baju ini yg buat aku mcm orang ngandung..

Tailor aku ni silap dia pada bahagian belakang ni..
kedut tu banyak sangat.. cuba buat lurus je tak de 
la nampak mcm I ni Mak Buyung tgh 
tunggu hari nak due.. eee Shasal blom dpt adik lg la..


Tapi takpe.... itu I tak pedulik...
Janji hubby kata "cantik".. (maybe dia saja
nak sedapkan ati I kot?)


Untuk info :  Kain ni jenis lycra dan rasa2nya fesyen ni hanya sesuai untuk lycra sbb kain dia memeri... Bahagian kain pula I buat kipas belakang (walaupun mulanya tailor tu beriya mengatakan "tak boleh" sebab nanti  kipas  dia akan kurang cantik.... ternyata telahannya adalah salah... Yey saya menang!!!.... try and error la kan baru boleh kata "ya" atau "tidak" ).

**Utk Cik Ani/Taiban (makcik kantin masa sekolah rendah) -  Sam ucapkan takziah... moga tabah menghadapi kehilangan anakanda tersayang akibat kanser... al-fatihah

Friday, February 24, 2012

Dah jadi orang Jay Bee.... adat lama bagai terbuang...


Breakfast PANCAKE dgn Shashal....

Shashal arini tak sekolah sebab kena temankan mamanya kat rumah... ada sekumpulan "tukang cat" datang memulakan kerja2nya seawal pagi.   Tak pe la Dik berkorban kejap dpd Mama Shasal kena culik.   Nanti Mama ajar le mana2 subjek yg tertinggal tu. 

Bagai mengenepikan nilai-nilai murni anak jawa yg selalu menyediakan juadah bila orang bertandang ke rumah.. tetiba soalan Pakcik tukang cat tu menyedarkan aku dari lamunan....

"Ada air kosong tak Kak?".

Ya ALLAH... mcm mana aku bleh terlupa ni?. Ya tak ya... zmn dulu bila orang betulkan rumah emak aku kat kampung, mesti diorang hidangkan sedulang makanan.  Ni seteguk air pun aku tak hidang.... dasyat! Mesti diorang ingat aku kedeq.  


Bukan apa... aku busy sejak mlm tadi memindahkan barang2 (ya la kang tak pepasal, diorang TERcat aku punya hand bag2 keduniaan tu,  sapa pulak nak menjawab, tu yg aku gigih memindah2 tu.  rupa2nya diorang bawak kanvas, kalau tau aku biarkan je kat situ).







Ex-bopren aku Kawan  aku pernah melahirkan rasa terkejutnya bila dia TERsinggah tak sengaja  ke rumah sorang penduduk kampung aku (sebab keretanya rosak) tetiba tuan rumah yg tak pernah dikenalinya itu hidangkan sedulang  makanan tengahari.   (Tu la dia, tak cuba mengenali adat orang lain... kan dah terkejut).   Tapi itu zmn dulu la kot... skrg ni manusia dah jadi paranoid sejak kes2 rompakan berlaku di mana2.   Silap haribulan tgh2 siapkan makanan, alih2 anak daranya yg bermain pesbuk di ruang tamu dibawa lari.  Huu seram kan?

Anda pulak bagaimana?  Masihkah menjadi wanita melayu terakhir mewarisi adat2 bonda tercinta yg murni ini?

Thursday, February 23, 2012

Mereka sungguh tabah.. adakah kita juga?

 Adik Faris dah  meninggal pukul 10.05 pagi tadi, sedih membaca berita ini.... tapi dari dia terus derita terlantar di katil hospital, kita redhakan saja kepergiannya. 

Ada sesiapa yg tertinggal kisah si kecil ini? Untuk info :  Adik Faris bertarung nyawa  akibat HLH, barah darah... masih terbayang raut wajahnya yg sayu menahan kesakitan dengan linangan air mata membasahi pipi, hidung berdarah terlantar di katil hospital  menghiasi dada2 blog sejak 3 minggu lalu...sungguh meluluhkan hati sesiapa pun  yg melihatnya (Kak Mirror sampai tak mampu nak upload kat sini).      Al-fatihah.  


Takziah buat kedua ibu bapanya.... moga Allah kurniakan ketabahan buat mereka. Amin.





INI PULA KISAH LAIN...


Apa khabar anda hari ini?   (eh baru skrg nak tanya khabar? Kak Mirror ni pun)    Kalau ikut soal selidik dlm entry yg lepas2, alhamdulillah semuanya hidup dalam keadaan sihat berbahagia bersama pasangan masing2.   Tapi kalau ada yg tgh bersedih.... apa kata baca je blog2 orang sakit...
Membaca kisah2 sedih orang lain membuat kita melihat masalah sendiri sebagai "takde apa/jadi kecik".    Percayalah... sebab Kak Mirror pun dulu2 time sedih( sedih giler sbb gaduh ngan kucing - sila jgn percaya), tetiba Kak Mirror terjumpa blog   lelaki HIV Positif., Kak Mirror jadi rasa..... "Oh masalah aku tak la sebesar mana rupanya jika nak dibanding dengan Pakcik yg teraniaya ni.".


 Banyak benda yg perlu kita syukuri jika ingin dibandingkan dengan orang2 yg bernasib malang di luar sana.....  Kak Mirror pun bersyukur sebab hari ni  masih lagi dapat bernafas, dpt makan, dpt minum...  ini breakfast pagi tadi sebenarnya...  puding roti.



 Segalanya telah "diderhaka" sebab susu cair takde..
so semua guna susu segar je..


Kuah pun jadi kuning sebab tak guna susu cair... tapi rasa tetap sedap..
(puji je la diri sendiri sbb takde yg nak puji.. laki I tak mkn mendalah puding2 ni semua)


Nak resepi ke?  Sila terus ke blog ini.

Akibat menonton drama...

Tahu kan apa itu "mengurut cakar rimau"?   Kalau tak tau, sila tanya Ustazah Norbayah sebab bagi isteri-isteri keding macam I, takde cara termudah untuk mengurut suami yg sasa (dibaca : b*roy)  selain cakar rimau yg sememangnya tak perlukan banyak tenaga kita.... (wah! Sasa?  HARUS suamiku akan belikan aku "SKII set terbaru" atas pujian ini).   
 
Tapi sekiranya puan-puan tiada masa untuk itu, silalah minta bibik anda wakilkan hantarkan saja suami puan2 ke spa2 lelaki yg berdekatan.    Ataupun....kalau puan2 malas,  jgn benarkan dia buat kerja2 berat lagi,  bedungkan je dia jadi baby dan biar dia makan tido.... mkn tido. 






Ok la, itu je topik rumahtangga untuk kali ini.    Tahniah Misha Omar atas pertunangan, Erin Res2 sebab dah "berhijrah",  Lisa & Yusry sebab nak kawin.  Lisa .... jgn lupa belajar "mengurut cakar rimau".


p/s :  Mesti korang rasa pelik, semalam I declare I mcm dah gemuk arini kata keding pulak?.   Ya begitu ler I ni.... I kalau skip breakfast atau lunch je (pastu keja banyak).... alih2 je I kembali kurus.  Arini pulak tengah2 hari buta  TERtonton drama.   Tak pernah2 I suka drama, tertonton plak tetiba pastu terus melekat depan tv, rasa sayang nak turun ke dapur sbb ending tgh best... last2 terskip lunch terus sambung keja lain (dah la  breakfast cuma makan pancake yg tak berapa menjadi tu)....  alih2 maghrib tadi tengok kat cermin... "eh aku dah kurus balik?".   Moral of the story... kalau anda nak slimkan badan, silalah menonton drama.  lol....     



Tuesday, February 21, 2012

Nak keding tapi fit...

Tak jadi nak diet sebab Cikgu Gie kata I masih ok ( gambar yg lepas).    Hopefully power cermin mata Cikgu Gie tidak bermasalah. :D.... anyway  thanks Gie, nanti I belanja tomyam kelapa.

Tapi walaupun tak diet...... kes "M" punya pasal..... hari ni cuma masak 2 menu je.


sambal udang...


sayur lemak..








Bercerita pasal badan ni kan... I sgt2 envy dgn arwah Michael Jackson.... itu ari tengok dia berjoget2 kat TV (lupa plak apa tajuk rancangan tu),  kami tengok kan.... badan dia walaupun keding tapi fit.   Tu la tgh pikir2 ni, cemana nak dapatkan badan yg keding tapi  fit mcm dia?

Apa kata kita minum susu? Harap2 jadi perkasa. Jom Anlene!  (wanita ini terus berlari membuka peti ais dan menghirup sekotak susu anlene coklat...... dan merancang hanya dpt blogwalking pada malam ni  bila selesai menggosok baju dan cuci toilet).








Monday, February 20, 2012

Aku nak tulis pasal lempeng pisang... tertulis gossip artis..

Alfatihah dan takziah buat keluarga Latif Ibrahim yg meninggal dunia pukul 6 petang tadi. ( Tapi  dari pagi semalam lagi aku dah tercakap ngan MIL aku Uncle Latif dah meninggal.... gulp!!   sorry, salah dpt info.... mujur aku takde buat entry ttg kematiannya semalam, kalau tak mesti org kata mulut keyboard aku takde insurans menyebar berita palsu  ).    Punca kematian sakit jantung.

Aku tak berapa ingat sangat antara lakonan  Uncle Latif ni, tapi lagu NORA nyanyiannya tu memang sedap... 

Spt yg pernah aku cakap..... melihat wajah2 artis lama ni buat aku insaf (insaf bahawa zaman kanak2 itu sudah terlalu lama berlalu.... takyah nak ditoleh2 lagi).





    

Cari2 gambar Latiff Ibrahim terjumpa gambar lama Kak Liza Abdullah pulak. Gambar ni pun buat aku insaf.... dulu time menonton filem lakonannya aku hanya seorang remaja sunti ketika itu... dan nak bagi korang muntah keluar katak.... Cikgu aku (kini arwah.... alfatihah) pernah kata.. muka dia ni...macamm......emmmm..... macam..... emmm...... rahsia.
Syukur... tak jadi nak bagi korang muntah sbb dah tulis "rahsia" di situ.  





Takde sapa ke nak interiview Kak Liza tanyakan apakah rahsia beliau awet muda?  Maybe sebab anak-anak dah besar kot.    Ibu akan kembali muda bila anak2 dah besar. (Itu mengikut kajian I ler).   Lagi2 kalau yg beranak ramai. 





Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman... amin.
 pix credit to :  Berita Harian On line... 







Aku tak tau apa tah motif aku upload pix ni, takde kelazz langsung.  Aku cuma nak cakap.... "Aku ada lempeng pisang yg terhangus... ko ada? ".     




Mentor-Mentee Dunia Blogging


Mentor? Protege?   Pasti ada yg terbisik2 dlm ati..."Aiii otai sgt ke sampai berangan  jd mentor? Blog sendiri pun niang rapik...." Hehe..  Mentor tak semestinya otai Dik Milah...    Dengar sini... "Mentor" itu bermaksud seorang rakan yang boleh dipercayai, kaunselor atau guru atau seorang individu yang dilantik untuk membimbing meningkatkan perkembangan potensi diri seseorang.

Apa.... Ingat kat sekolah anak Mama je ke ada program "Mentor Mentee" ni semua?.  Kita bloggers pun ada tau... Lagi meriahssss tau! Lip lap!

Entah diorang tu, alih2 dua  hari lepas gi calling2 I suruh I datang rumah sebab diorang nak belajar buat blog   tapi....  I don't mind pun..." that's my cup of tea" pun sebenarnya ngajar2 orang ni I memang suka lagi2 kalau bab marah2 orang.....Wahhh best sgtttt.....  hilang segala tensen.... kekekeke.

Tapi tugas "Mentor" bukan la setakat itu saja....  haih tak berbaloi la kan penat2 diorang masak, kansel dating lagi... semata-mata nak suruh kita  datang ngajar kat rumah diorang... alih2 cuma belajar SIGN IN, SIGN OUT.   Mestilah fungsi kita juga sbg imej consultant... jadi photographer, jadi "marketing officer" (mujur lelaki, so tak perlu la kita jadi Mak Andam pulak.... gasak dia la nak pakai apa pun, janji tutup aurat)...  Pastu memantau, memberikan cadangan dsbnya.




Jadi... korang kalau rasa dah bosan nak berblog lagi sebab rasa diri dah senja (mcm I) dan nak menaip dah tak kudrat sbb tgn dah terketar2 akibat simptom2 penuaan kekekeke.... Apa kata sertai program "Mentor- Mentee Syok Sendiri Ala Miss Mirror" ni ... mana la tau rupa-rupanya dari situlah korang dpt mencungkil "bakat2 muda" yg berpotensi besar dlm dunia blogging dan blognya tetiba jadi no. 1 di google top searches 2012...   Wah mesti korang pun akan rasa bangga kan?



Kak Mirror pun bangga dengan daerah kelahiran (eh tetiba) -  MENGGEDIX DI BAS STAND BATU PAHAT  yg dah lama berubah wajah.


;

Kereta sapa tah aku posing ni...  Sorry tumpang jap. (Pehal tetiba I rasa mcm gemuk plak? Esok diet la camni...hehe).




Gambar2 "protege" tiada (sbb terlalu tekun "belajar"  sampai lupa nak snap gambar.... hehehe)

Tapi sorang lagi "protege" dah pun kawin... ini anak beliau... comel kan?


Olololo.....


Baaaa cak!!!

cute...

Happy...


p/s  :   Identiti  "PROTEGE" kena la rahsiakan dulu (walaupun orangnya hensem).... tunggu follower dia dah juta2 baru kita war2kan....  :D.    Tapi kalau korang nak lawan ngan I "protege" sapa paling ngetop.... dipersilakan.... tapi hadiah takde, korang beli sendiri la ye...hehe... kita  paling malas nak main post2 hadiah ni...


Saturday, February 18, 2012

Everything happens for a reason... motivasi untuk isteri2 yg bersedih..

Membaca kisah-kisah retis2 malang dipukul suami, kisah teman2 yg dicurangi.... adakala menyebakkan dada. Bagi mereka yang diuji  dengan ragam pasangan pasti merasa suatu penderitaan yang amat sangat. Memanglah, semua orang menginginkan suasana rumahtangga yang amat bahagia, tetapi ada kalanya sengaja Allah jadikan suami atau isteri sebagai sebab untuk menguji kesabaran dan penghapusan dosa.



Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Yazid Arraqqasyi berkata:

 "Jika seseorang masuk dalam kubur, maka SOLATnya berdiri disebelah kanan dan  ZAKAT  disebelah kirinya, dan TAAT menaunginya dan SABAR membela kepadanya, bahkan ia (SABAR) berkata kepada lain-lainnya: "Silakan kamu bela dia jika kamu dapat membelanya, kalau tidak saya yang dibelakangnya (yakni saya sanggup menyelesaikan dan menolak siksa daripadanya)."   Begitulah tingginya pahala kesabaran puan2.

KISAH SUAMI SABAR DAN HARIMAU...

Pernah tak puan2 membaca kisah SUAMI SABAR DAN HARIMAU?  Jika tak pernah saya akan cuba sinopsiskan sebagai satu bentuk motivasi kepada puan2 untuk terus sabar dan sabar dlm menjalani kehidupan sehari2 sebagai isteri.     Alkisah satu hari Si Jeman bukan nama sebenar telah pergi ke rumah abangnya, Herman juga bukan nama sebenar.

Didapatinya abangnya itu tiada di rumah, hanya kakak iparnya Markonah (juga nama olok2) tercegat di muka pintu sambil marah-marah.

"Dia pergi mencari kayu, semoga dia tidak lagi dikembalikan oleh Allah,”

Wah dasyat la kan si Markonah ni.... Hahaha... Then tak lama lepas tu si Abang pun pulang.   Si Jeman sgt terkejut bilamana si abang pulang dgn seekor harimau yg memunggah kayu di belakangnya.


 sekadar gambar hiasan...





juga sekadar gambar hiasan..




“Pergilah semoga Allah memberkati kamu.”  Kata Si Abang kepada harimau itu then harimau itu pun balik semula ke hutan.   Markonah masih jugak marah dan marah, membebel... bla bla bla...(marah je.. dah nak meno kot? :D).  Si Herman tetap sabar dgn kerenah isterinya itu... cool je dia.

Dipendekkan cerita.... maka Markonah pun meninggal, so Herman pun kawin baru.... dapat ganti seorang isteri solehah.  Ana Rafali namanya - bukan nama sebenar.  (Memang laris la si Herman ni kan... cepat je laku.... mesti hensem).



Si Jeman datang lagi menziarahi si Abang.... tapi kali ni disambut baik oleh kakak ipar barunya itu.  Sebentar kemudian, pulanglah abangnya sambil memikul kayu di atas bahunya sendiri. Kemudian ia pun mempersilakan adiknya masuk dan makan bersama-samanya. Tetapi kali ini abangnya tidak perlu bersusah-payah melayan adiknya sebaliknya makanan telah pun disediakan oleh Ana Rafali yg baik hati itu.

Melihat kelainan yg berlaku, si adik pun bertanya...

“Wahai abangku, dulu ada seekor harimau yang memikulkan kayu untukmu tetapi sekarang kayu itu kau pikul sendiri?"

Tersenyum Herman mendengar pertanyaan adiknya itu. Lantas dia pun menjawab:

“Wahai adikku, Kak Konah yang cerewet itu telah meninggal dunia, dan kerana aku bersabar atas kerenahnya itu maka Allah mendatangkan harimau untuk membantuku. Kemudian ketika aku telah diganti oleh Allah dengan isteri yang baik budi, Kak Ana Rafali  kau tu.... sudah tidak ada lagi harimau itu dan aku terpaksa memikul kayu ini sendiri.”

Begitulah kisah dua orang adik beradik yang soleh, abangnya diuji dengan ragam isteri tetapi dengan berkat kesabarannya, binatang pun boleh tunduk padanya. Begitulah rahmat Allah yang Maha Pengasih ke atas hamba-Nya. Tetapi selepas kematian isterinya dan diganti dengan isteri yang taat, maka nikmat itu Allah tarik semula.

Cuba puan2 pikir... maybe ketika ini ada antara anda yg sdg menghadapi kemelut rumahtangga... tapi dlm masa yg sama Allah turunkan jugak penawarnya kan? Mungkin bukan seekor harimau.. mungkin jugak teman2 rapat yg baik yg selalu memberikan motivasi. Mungkin jugak peminat2 yg sentiasa memberikan sokongan... (saya mengambil kes Abby Abadi sbg contoh).  Mungkin jugak dikurniakan ibu mertua yg memahami..

Nyatalah Maha Adilnya Allah, kepada setiap yang ditentukan-Nya. Sebenarnya setiap kejadian yang berlaku ke atas kita pasti ada hikmah yang besar di sebaliknya, cuma kita yang tidak sedar dan selalu lalai dengan nikmat yang dikurniakan Allah.

So... ceria-cerialah diri di hari minggu, pertingkatkan kesabaran anda... kerana anda tak akan rugi atas kesabaran itu.   Jgn bersedih lagi..... dunia pun hanya sementara.

"Tak selamanya hujan tanpa henti, dan tak selamanya mendung tanpa mentari. "










Friday, February 17, 2012

Warna apa yg best untuk bilik kanak-kanak lelaki?


Bukan sebuah statement tapi pertanyaan.  Nak tanya ngan you all sebenarnya.
Senja tadi tetiba IRP memanggil tukang cat datang ke rumah, persetujuan telah dibuat untuk mengecat bilik anak2... hanya kaler je yg belum diputuskan.   Dah 7 tahun sebenarnya Qistina dan Ain setia dgn warna  pink biliknya tu... kesan2 "hasil karya" jemari kecil  mereka pun dah banyak menghiasi dinding dan perabot.

NOTA : kami mmg garang tp dlm soal menegah mereka dari "berkarya" di dinding bukan perkara berat utk kami ambil serious, lagipun adakala contengan itu melucukan...hehe... sbb kami yakin, sampai masanya mereka akan berhenti sendiri dari tabiat itu bila usia mula meningkat.  Ya mmg terbukti!  Sbb skrg ni mereka dah pun berhenti dari melakukannya.

Rasa-rasanya kali ni tak nak la berterusan dengan warna pink lagi.   Since aku pun malas nak pikir.... jadi kali ni biarlah aku serahkan je bulat2 pada citarasa yg empunya bilik.   Qistina kata... dia nak biliknya warna hijau.

Terus kepala ni membayangkan sesuatu..... langsir yg pink + bilik yg hijau + perabot yg putih.   Terjumpa plak gambar ni... ha sesuai sgt la tu.   Wallpaper2  lain kali la pikir.   Sekarang ni aku pikir yg simple dan kemas je. 

gambar ikhsan Google..


tapi kalau si tukang cat tu kreatif dan sudi nak
buatkan dot-dot mcm dlm gambar ni 
aku pun nak jugak...
(pix : pun dari Google)


Yg ni pun ok gak kan?
















Untuk si Qistina dah settle... Tapi untuk bilik Shashal... jadi buntu plak tetiba , kalau ikut pada dia, dia nak tukarkan kaler biru gelap merundum bilik dia tu pada hijau jugak.  Dua, dua bilik kaler hijau?  Heee bosanlah nak.  Entahlah.. susah2 aku pilih je kaler hijau t*** lembu....  cantik apa.... kan? (dgn wajah serious berkata).   

Sebarang idea amatlah dialu-alukan dan dihargai.  Terima kasih.



Thursday, February 16, 2012

Segmen Wordless Wednesday menjejaskan traffic. Apa komen anda? (Spontantenous Thursday).

Segmen "Wordless Wednesday" menurunkan traffic.   Follower  dah boleh baca entry secara overall hanya melalui dashboard mereka.  Melalui pengiraan SEO pula, jika dikira congak kali darab, keyword kurang kuat untuk menaikkan traffic.   Apa komen anda, berdasarkan pengalaman anda sendiri?

p/s :   Saje je buka topik ni sbb lama dah I tak buat kecoh tentang dunia blog. ;D




Wednesday, February 15, 2012

Kempen Makan Sayur - Wordless Wednesday










p/s :  sayur panas sedap dimakan ketika hujan..


Tuesday, February 14, 2012

3 cara menghilangkan kesan terbakar akibat sterika

Cara-cara menghilangkan kesan terbakar pada pakaian akibat sterika?
Hari tu.... anak dara I sibuk ajak kami shopping baju, kat kepala I ni musykil....

"Ke mana peginya baju2 kurung yg kami dah beli sebelum dia masuk hostel tahun lepas? Kena curi ke? Rasa mcm banyak dah aku belikan".


Rupa-rupanya dah "dimakan sterika". Nak marah pun tak guna sebab ramai lg kengkawan dia yg senasib.... habis semua baju mereka dimakan dek sterika yg pelahap "suka makan baju".... lol......Tapi dalam pada kita "cool" dan memahami situasi, at the same time kena la kita ajar dia jugak cara2 menggosok baju yg betul, spray guna air supaya seimbangkan suhu.... tak boleh la berserah pasrah dan membiarkan iron itu terus memakan bajunya sampai kenyang even yg kita tahu iron hostel lazimnya memang berkeadaan uzur sbb biasa la kan... bila dah ramai yg pakai.

So, buat anakandaku sila baca ni... cara-cara hilangkan kesan terbakar... (sorry ni pun Mama tak pernah cuba pun... segala kerosakan yg bakal berlaku atas tanggungjawab sendiri).

1) Letakkan ais dan sental2 pada burn mark tadi. Pastu basuh la mcm biasa.
2) Boleh juga bubuh cuka... sental2.
3) Bubuh bawang bombay dan sental mcm biasa. Biar jus dia meresap ke dlm kain yg terbakar tu.

Itu bagi kesan hitam2 biasa, kalau kesan yg dah teruk sampai berlubang.... Kalau I, I hantar je tailor dan buatkan sulaman. Tapi kalau baju2 tu baju basahan biasa (t.shirt, jeans), jahit je dgn kain lain dan gunakan kretiviti anda di situ sama ada nak buat bentuk bunga ke rumah ke... Tapi kalau dah teruk sgt... simpan je la kat store buat lap2 lantai..



Ni pun salah satu alternatif..
Biasanya dijual pelbagai warna, boleh pilih ikut kesesuaian baju yg rosak tersebut.  

 

4). Bubuh tepung jagung.. (ada ternampak satu video kat IG... tp tak taulah sejauh mana keberkesanannya).




terpaksa beli baju baru...


Ni nampaknya dia pun dah senyap je takde calling2... bermakna iron barunya dah siuman la kot. :D


Cara tanggalkan tisu2 yg terlekat pada pakaian pula ialah.. bubuh sedikit cuka atau tambahkan pelembut pakaian ke dlm cucian.




PERKHIDMATAN PENCUCIAN PEJABAT DAN BANGUNAN..



Office Cleaning Service and Solar Panel Installation &  maintenance- Click HERE to contact.

Cleaning Services

To provide cleaning services teams in ensuring optimum hygiene and comfort to our clients. This cleaning team currently operates in Johor Bahru which gained more demand.