Friday, August 25, 2017

Gugur 15 tahun dulu.. baru sekarang bubuh nama..

Assalamualaikum..
Haiii ... Cak!!


Inilah ibu kepada FADGHAM FAIZAN!!
Ehh sapo pulok Fadgham ni??.  
Loyar??
Majistret??
Ahlil Muzik??.
Oh bukan... tapi inshaallah bakal menunggu
mamanya di Syurga.  Mudah2an... aamiin.

Mama ingat kalau kecik secoet tidak
dikira.. tapi ulasan Ustaz Dasuki (credit kpd page Pesan) membuka mata..



" jika kita mengandung, anak itu gugur, walaupun kandungan tu baru seminggu atau sebulan, bagi nama pada anak itu. Jika belum tahu dia lelaki atau perempuan, maka beri mereka nama lelaki. Kerana dia akan ada di akhirat nanti. Dia tunggu untuk berkasih sayang dengan kita di syurga nanti. Jangan bersedih jika gugur, kerana anak itu sedang tunggu kita. Buat amalan kebaikan di dunia dan semoga kelak bertemu di dalam syurga :)"

Maka mlm td... gigihlah Mama mencari2 nama yg sesuai untuk kes keguguran 15 tahun yg lampau.. sebelum lahirnya  Qistina sebagai mengubat kesedihan itu. Nak pangkal huruf F sesuai dgn nama ayahnya.
Tanya dgn kawan2 FB... anak sedara suggestkan FATAH AMIN... haha.. tak rela ai.


Fadgham bermaksud lelaki yang ganteng
Faizan : Dermawan

Ada tak ibu2 di sini yg pernah alami?.  Ai siap berpantang uoll mcm kelahiran2 yg lain dan mengalami bentan walau Arwah Fadgham ni cenonet je pun.. blom berbentuk.

So.. dlm bio sepatutnya ai tulis..
Miss Mirror - Ibu kpd 2 org puteri dan 2 org putera.  Datin Prof Ain, Arwah Fadgham, Prof Qistina & Tan Sri Ustaz I.R Shashal.
Hamboooii.   Hahaha.  Puan2... kita harus selalu mendoakan yg terbaik utk anak2 kita.. betul tak?.   Even bakal menantu pun selalu ada dlm senarai doa Mama tiap kali lepas solat.



4 comments:

  1. oh kena bagi nama ye, tak tahu pula saya. terima kasih MM berkongsi ye saya nak berkongsi dengan kawan2 rupanya ramai yang belum tahu pasal ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak taulah Mama AA..
      Saya follow je mana2 yg dinasihatkan oleh yg arif. Bukan kena bayar pun kann.. hihi.

      Pls do share.

      Delete
  2. amboi mama...bakal menantu pun dah masuk list siap2 :D

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.