Tuesday, October 31, 2017

Sihir Rumahtangga

"Suka memandang bulan mengambang petanda... ada gangguan mahluk halus??.".

Whatt??.   Oh my God!!.   Ya ke?

Nasib ai tak suka!.   Hahaha..  Ai cuma suka memandang burung2 di langit  senja je.  Indah berkicau pulang ke sarang.

Topik kita hari ini ialah SIHIR.   Ok puan2.   Tapi jgn terlalu taksub dan semua benda nak dikaitkan dgn sihir plak.  Berburuk sangka pun berdosa.  Pendek kata.. segala kejadian,  Allah jua yg mengizinkan benda tu berlaku.   Mahluk2 tu kan sekadar mahluk yg lemah je.

Ustaz sapa tu ari cerita,  " menganggap diri ada saka pun dah ibarat memfitnah orang tua".   Kecualilah kalau orang tua anda sendiri yg declare kan?.  Contohnya macam...

"Nah... Cu... ambiklah cucuk sanggul ni Cu.  Nenek jap lagi nak mati.  Nek wariskan saka Nek pada cucu.. bagilah dia makan whiskes atau KFC  kalau dia lapo.".




Berbalik pada kisah sihir tadi.   Puan K (bukan pangkal  huruf sebenar) ada bercerita dgn ai.  Meh kita tolong beliau ni dgn memberikan buah fikiran.

Kalau bulan ramadhan hatinya tenang... setenang2nya... tapi bila bulan2 lain,  hatinya sering dibalut rawan, asik nak berburuk sangka dgn suami, suami pun asik berburuk sangka dgn dirinya.  Oh ye beliau dah kawin,  anak 5 org kot?..

Pernah 1 hari di shopping complex.. beliau nampak suaminya berbual2 dgn seseorang berambut panjang hanya beberapa langkah dari tempatnya berdiri.  Begitu rancak!.  Apa lagi, kemarahannya pun membuak2.   Puan K ni mmg kuat jelez orgnya.  Cuba teka siapakah yg berambut panjang itu?.  Jeng jeng jeng!!.


Beliau pun mendekat dan mendekat.. dgn penuh perasaan geram sbb baru ditinggal seminit beramah mesra plak dgn perempuan.

Tetapi...  setelah diamati...
Ternyata tak lain tak bukan..  bayangan itu bukan perempuan pun, sebaliknya seorang lelaki berambut pendek.. dan kelihatan lusuh.  Puan K termalu sendiri.  Tapi sempat berfikir..
"Kerja2 syaitankah semua ini??".

Nasihat Miss Mirror...


Jangan keluar senja2.   Banyakkan istigfar.   Lagi 1,  banyakkan bercampur dgn org2 yg positif,  contohnya ustazah2.  Nanti hatimu akan tenang. Bukan lah tak boleh bercampur dgn makcik2 bawang.. tapi jgn sampai bawang2 dia terpercik kat mata kita.  (Eh makcik bawang tu sapa ek?.  Netizen2 yg suka komen negatif di page rumahtangga ea?).   Kenapa dipanggil bawang?.

 Lecturer ai selalu pesan..." Jgn biarkan "ketakutan" menguasai diri... nanti syaitan take part.  Syaitan jelez dgn rumahtangga.".  Btw.. lecturer ai bukan Islam pun.. tapi part nasihat tu ai setuju.

Mmg betul.. kalau overthinking, nanti akan wujud "watak2 sampingan" hasil manipulasi syaitan ke atas mata kita, atau pendengaran kita.



Apa pula pendapat anda?.




Model berbayar :  My beloved pet :  Masjoko










No comments:

Post a Comment

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.