Sunday, April 8, 2018

Mimpi Terbang Petanda Kena Santet?.

Assalamualaikum uollz..

Sambil2 menunggu nasik tanak untuk bekal suamiku esok pagi.. mari mengupdate belog sebab ingin menghadamkan apa yang Pak Ustaz telah ajarkan sebentar tadi.  Kalau tak ditulis.. nanti hilang dari ingatan. Maklum ler "rajin sangat" ke pengajian. Kekeke.

Tajuk hari ni ialah "Kedekut".
Semakin berat hati kita (semakin syg akan benda) yg kita nak sedekahkan..
Semakin besar ler pahalanya.. bila kita mampu sedekahkan..
sebab kita telah berjaya menentang nafsu duniawi.

Next topik ialah hutang.
Sapa2 yang berhutang dan tak bayar hutang, rohnya terawang2..




Next story.  Tertarik akan kisah yg beliau ceritakan tentang Firaun.
Tahu tak Firaun itu pernah membuat percubaan nak masuk Islam??.

Tapi... keislamannya Allah tak terima sebab ketika itu nyawanya sudah di kerongkongan.  Masa tu Allah dah perlihatkan kebenaran  (Islam) di depan mata... baru dia kalut2 nak masuk Islam.
So.. masa dah time.
Tiada maaf bagimu lagi.  Begitulah kisahnya. 

Sbg menjawab soalan hadirin, Ustaz ada menjelaskan tentang mimpi terbang.  (Mungkin sebab cerita pasal roh terawang2 jika tak bayar hutang,  maka soalan tu timbul.. hihi).
Oh rupa2nya mimpi terbang petanda kena santet?.  I tod kalau mimpi terbang tanda terkurang amalan.  Oo I see. Wallahualam.

Thanks kepada teman2 blogger yg singgah.. inshaallah nanti ai membalas kunjungan ye... tgh busy sikit ni.   Kpd silent2 reader.. moga entry ini bermanfaat.


nota tambahan :.   dari segi psycology, mimpi terbang akan dialami oleh  seseorang bila hatinya sedang bahagia akibat berjaya keluar dari konflik jiwa yg sebelumnya pernah dialami.   Ibarat macam seseorang itu lega, tidak lagi terkongkong oleh konflik2 tersebut lantas terbawa ke mimpi.  (Ini saya setuju sebab pernah lalui).



18 comments:

  1. mimpi terbang lepas nyanyi lagu ayda jebat...hahaha..
    santet tu santau ye kak?

    ReplyDelete
  2. ishh betul ke mmpi trbang tu tanda kena santet sbb sy pernah mmpi trbg...
    follow sini #819

    ReplyDelete
    Replies
    1. MisDiarios - Saya pun first time dgr. By the way, mimpi ada peringkat2. Ada yg sekadar mainan tidur, ada yg sbg peringatan. Jika sbg peringatan.. kena ikhtiar berubat cara Islam.

      Delete
  3. Alhamdulillah tak pernah kena lagi mimpi lompat atas awan haha..
    .
    Thanks for sharing!! Hana follow sini ya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah?. Alhamdulillah Hana. Sangkakan setiap orang pernah bermimpi.

      Delete
  4. Salam blog walking dari Maznee sis mis mirror. Mimpi terbang sebab naik kapal terbang tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mazni - Selalunya kalau naik kapal terbang tak sempat nak bermimpi sebab tido pun tak nyenyak.

      Delete
  5. So maksud mimpi terbang dengan jatuh bangunan tu same laa ek kak. Takutnyeeeee semoga kite semua dijauhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tertakluk pada tahap2nya E'in.
      Kalau siang penat sgt naik bukit turun bukit, mungkin terbawa2 juga dlm mimpi.

      Delete
  6. Ibu singgah blog walking. Semoga sihat hari ni sis mirror

    Tapi ilmu takbir mimpi ni bergantung pada pentafsirnya. Dan bergantung kepada lokaliti dan simbolik makna tempatan juga.

    Orang mesir mimpi dan orang melayu mimpi yang sama maksudnya boleh jadi berbeza.

    YAng penting kita tak boleh cerita sebarangan melainkan pada orang beriman yang berilmu.

    Sebab tadbir mimpi jatuh pada tafsiran pertama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn pendapat Ibu.
      Serahkan penafsirannya pada yg arif.
      Juga bersetuju.. "mimpi tak boleh diceritakan pada siapa2.". (Pernah dgr Ustaz berkata demikian).

      Delete
  7. Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu sis. Kalau mimpi makan sedap sedap tu, selalunya kerana teringin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama Hakim..
      Kalau mimpi mkn sedap2 bangun tros kenyang, best juga tu Mama.

      Delete
  8. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum & Selamat pagi. Ibu singgah blog walking. Semoga murah rezeki sis mak mirror

    ReplyDelete
  10. Mama tumpang lalu petang petang ni.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.