Sunday, June 3, 2018

Tip Supaya Tak Termakan Hinzir Di Rantau Orang

Memula ai nak ucapkan terima kasih pada Kakak ai atas ole2 "Hermes" versi Mesir bumi anbia ni..




Tapi pix yg dia bagi sekerat ni je.  Mungkin beg kraft atau beg telekung kot?.  By the way... akan ai hargai setiap ingatan tulus ikhlas.. Inshaallah akan kubawa beraya ke mana saja.  Muehehe...

Tamat..


Hampir nak termakan HINZIR...

Ada 1 restoran ni,  kami pegi aritu sebelum posa kot.  Sebenarnya diorang memang ada sijil halal cuma ada 2 dapur.  1 untuk halal (bahagian depan)  dan belakang untuk pork2 dsbnya lah.

Nak order kat kaunter selalu  ai akan sebut..

"Give me the halal one please...".   Haa gitchew!.  Speaking la kann..

Tapi aritu lupa plak nak cakap.  Main oder je, terasa mcm diri dah popular dan dikenali.  15 min kemudian  waiter dia yg ensem pun menghidangkan atas meja kami 1 roti pitta yg mengiurkan dgn lelehan cheesenya bersama gulungan daging diselangi salad kehijauan.

"Wait wait waittt... ".   Tetiba satu suara seorang perempuan muncul dari arah dapur.

Siapakah kamu?.

Dlm hati ai... " Pebenda yg dia nak ni??..
Org dah lapo ni.."

"Sorry.... this one is not halal.".  Ujar beliau.

Ok benda tu dah settle,  mereka dah ganti dgn menu lain.  Cuma yg bermain dlm kepala masa tu...

"Tau pulak dia kami ni Islam ek tak boleh makan hinzir?".

Ehh lupa.   Kita  kan bertudung!!.  Hahaha..

So.... enggan lah ku membebel ala ustazah. Cuma itulah yg ingin ditegaskan kat sini..
"Why we are wearing hijab?.".  Dan inilah fadhilat berhijab yg telah Allah perintahkan.

Sekian.







5 comments:

  1. Assalamualaikum Wrmbth. Maznee singgah blog sis untuk blog walking petang selasa ni.

    Bagusnya ke prihatinan tukang masak tu. Kalau tak macam mana mis sam. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Apa khabar hari ni cik sayidah. Mama singgah BW. Takutnya. Tak pasal pasal makan lembut kontot

    ReplyDelete
  3. Selamat berbuka puasa Ibu ucapkan kepada sis

    ReplyDelete
  4. Salam ramadhan dari Ibu, singgah blog walking blog sis mis mirror

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum & selamat pagi jumaat Mama ucapkan kepada sis. Semoga kita di jauhkan dari benda haram.

    Duit haram beli makanan halal pun merosakkan kita juga.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.