Monday, October 1, 2018

Gantung Frame Guna Gam 1 dollar Sepapan

Gantung gambar guna gam murah?. Haha.. Terjumpa sekumpulan peniaga di pasar,  berjualan pelbagai gam super glue cuma 1 dollar setiap 1 papan.   Selalu nampak seketul pun dah berdollar2.

 Saya tanya dia.. ok tak untuk menggantung frame.   Tergelak2 mereka.  Mungkin menyangka frame saya besar gedabak kot.



Ada 2, 3 jenis mereka jual. Tapi saya beli yg ni.


Sampai rumah terus guna.  Dah lama dah frame2 ni dibeli dan didapat.  Yg atas sekali, Qistina lukis kat sekolah.  Sian pulak kalau terbiar tak dihargai.



Alamak!.  Rupa2nya cair.  Tapi ok ler jugak..  1 dollar sepapan, what do u aspect?.  Dlm pic memang nampak sememeh... tapi in reality, tak la seteruk mana.  Tak ketara sgt. Kira masih hensem. Yg penting frame2 tu dah berjaya digantung.   Malas nak beli drill.  As what I told u earlier... hidup ni tak perlu nak sempurna sgt.


Buat keja sambil ditemani "si bujang" ni..
Eh ni pic lama.



Ni pic masa Joco diiklankan di internet setahun lalu, sebelum kami beli.  Sayu pulak bila tengok pic ni.




Ni pix terkini.. setelah jadi "mualaf".   Kata hubby.. lepas mualaf patut tukar nama.. bukan Joco lagi... ganti dengan Salahuddin.  Whatt??.  Salahoddin tu kawan sekolah I la abg.  😅😄😄.  Tak mo lah.  Jangan maree!.

2 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.