Wednesday, November 28, 2018

Dari jauh cantik... tapi bila dekat mengerutu..

Selama ni cuma dengar cerita orang je, kisah beliau tu cuma cantik dari jauh... dekat2 rupa-rupanya gerutu.  Entah ilmu apa dia pakai. Mungkin susuk penanggal dukun santet.

Terkejut kami, sampai tak boleh nak move on melihat muka dia yg breakout tu.

Dag dig dug...  jantung ai masa nak pegi tu.   Ai dok bayang... nak jumpa beliau tu kot kena naik "something".  Kot mana lah tahu kenderaan dia pelik berpusing2 buat kepala kita pening.   Seram sejuk ai..   Sebab first time.. mana la ai tau.  Malas pulak tu nak google.

Nak sampai ke sana... dah la kena masuk dlm hutan... gelap gelita.   Hanya ada sesetengah tempat disinari lampu.

Singgah juga petrol station beli sedikit jajan.  Sebotol kopi buat peneman IRP drive.

Sampai ke lokasi, ramai yg dah menunggu. Semua tu dgn appointment.   Kami pun book dah 2 minggu sebelumnya.




Setelah diberi sedikit briefing dan dibahagi kpd beberapa kumpulan, kami dibawa masuk dlm hutan.  Tak la jauh sgt dari office tu.

Kusss semangat!.  Lega.  Ingatkan kena naik UFO bagai.

Kiri kanan tersergam beberapa buah bangunan bentuk kubah semi bulatan.  Kat situlah dorang letakkan teropong.  1 teropong tu lebih kurang 20k dollars.

Setiap seorang diberi peluang meneropong sebanyak 2 kali, gilir2 mengikut pusingan.

Ada teropong untuk Mars, ada untuk Saturn dan bintang2 yg lain.

Disebabkan suasana gelap.. tak de can le nak snap kubah2 tu.  Tapi... untuk gambar bulan gerutu tu telah berjaya dirakam oleh henpon Qistina melalui muncung telescop.



Here we go!.



Begitulah pengalaman kami meneropong planet2 ciptaan Yang Maha Esa di bumi Perth ini.   Anak3 nampaknya sangat teruja.  Oh ya.. dinasihatkan pada yg nak pegi, eloklah siang tido dulu puas2 kat rumah.... sebab kalau mengantuk, kang tak enjoy ler pulak nanti.. sbb ini adalah aktiviti malam sahaja, dan byk pulak tu penerangan.

Kasut?.   Kasut sukan... sbb ada 1 teropong tu, kita terpaksa panjat guna tangga.


4 comments:

  1. Bulan menggerutu ya? nampak cantik.. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun gerutu.. tp cantik dan menakjubkan. Rasa nak berlama2 je meneropong kot2 muncul alien.

      Delete
  2. walaupun menggerutu...tetap ramai yang tertunggu tunggu...
    nak nak anaknya di akhir Ramadan

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.