Tuesday, November 27, 2018

Nampak Je Cantik Tapi Tak Bagus?

Buah-buahan dan sayur-sayuran kat Perth ni memang segar.. tidak mampu disangkal.   Kawan2 bila datang sini, itulah yg menjadi keterujaan mereka.  Syorga donia!.  Sapa2 makan jadi awet muda... sebab gebu2 dan segar.

Mangga antara yang wajib ada dalam peti ais saya.   Pengubat rindu pada buah2 potong cicah asam boi yg terjual di gerai2 Malaysia.

"Awak jangan beli yg itu.. itu tak bagus.."  tegur seorang lelaki separuh abad.   But in english bila mana saya ralit membelek mangga2 gebu kuning kemerah2an di kotak2 bertingkat.

"Yang ini lebih bagus... yang itu nampak je cantik, tapi tak bagus.".  Ujarnya lagi sambil berlalu dari situ.

"Entah2... Pakcik tu penjual buah tu tak Ma?." .  Kata Qistina..   Kami ketawa mengekek..


Tapi dlm pada ketawa2 pun.. still beli juga mangga yg kurang comey sikit tu.. sbb dikatakan lebih sedap.  Dah mcm Mak Turut pulak saya ni.  Haha..


Tapi ok la..  sedap bagai dikata cuma agak kuruih.  At least tak de kulat.


Sebulan berlalu...  tetiba kat rumah nampak ada seketul mangga atas meja.  Mangga yg dikata "tak bagus" tu.  Mungkin suami yg beli la kot... sapa lagi kat rumah ni?.


Potong2.... ehhhhh sedappp!.   Secantik kulitnya yg gebu dan ranum.




So ni dah kali kedua kami beli buah mangga comey tu..

Moral of the story......
"jangan percaya dgn fitnah.".    
Lagi2 kalau org tu comey... hihi..

4 comments:

  1. Mungkin ada maksud tersirat..

    Mangga cantik diluar mungkin pokoknya telah diberi semburan racun kulat. .

    Mungkin pakcik itu salah seorang peladang jaya, jadi dia lebih tau maksudnya.. kita buat andaian jer. . 🤗

    Apa2pun jika sayapun, pasti pilih yang cantik.. 😁

    ReplyDelete

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.