Tuesday, January 29, 2019

Hari ni saya nak MOVE ON dari segala dukalara

Aku pun tak tahu macam mana agaknya keadaan anak2 sedara aku pagi ini?.    Tapi aku yakin atas hasil didikan air tangan seorang Ustazah..  mereka semua kuat hadapi.


Ijah.. Cik copy ye post Ijah ni..
Sebab ada "key word" penting untuk mereka yang mungkin sedang melalui dugaan yg sama macam arwah Mak Ijah..  actually arwah my SIL bukan operate jantung je, tapi ada sakit buah pinggang dan effect pada jantung, tu yg kena masuk IJN tu ari.





29/01/2019

Tiada lagi insan yg selalu setia merindui kedatanganku...yang selalu tanya kat mana dan sihat atau tak walaupun baru sehari tak jumpa..

Alfatihah buat roh bondaku Fatimah bt Sulaiman. Semoga mak menemui kebahagiaan yg hakiki di sana.  Tak perlu buat dialysis lagi...

Tak tahu nak ckp apa...
dialah ibuku yg sentiasa kuat semangat. 
Walau doktor cakap apa pun tentang penyakitnya mak tetap kuat semangat. 
Kami anak2 menjadi saksi kuatnya semangat mak berjuang hadapi ujian dari-Nya.
Tak pernah menyerah kalah. 

"Sakit itu penghapus dosa dan dunia bukanlah tempat utk berehat" ujarnya.. 

Tenang dan berehatlah mak di sana..alfatihah.. Fatimah binti Sulaiman ❤




Nota   MM  :    

Sesuatu yg harus kita contohi tentang kakak ipar aku ni, arwah  kuat semangat,  seorang yang selalu senyum.  Paling tak suka mengumpat orang.   A big NO to her.  Don't ever2 ngumpat org depan dia.. nt ko yg akan termalu sendiri.

Masa arwah ayah aku terlantar paraylized,  arwah rajin potongkan kuku, potongkan rambut.  Bila beliau balik je, habis segala baju2 dan kain2 dia sental sampai bersih.. padahal zmn tu basuh pakai tangan tu uollzz!!.   Kau ado Sam.. nak buat gitu kat umah mertua kau?.   Kekeke..   Paling2 pun tolong lipat kain.  Haha...   Rajin jenguk mertua  walapun tanpa suami sbb masa tu Abg aku kat Brunei.

Kasut abang aku, si Matsom koyak pun arwah yg jahitkan.   Ingat lagi time beliau diterima masuk MPTI,  banyak arwah belikan baju.  Bertingkek2.    Aku masuk TIJB pun arwah gigih jahitkan baju2 sekolah aku.. bukan jahit kat umah dia tau.. tapi sanggup pegi rumah kakak arwah nun kat Jb tu dari Kulai.. aku tak ingat la kat mana, tapi kena naik flat.  Sobszzzz...   

Pendek kata,  arwah nak tengok yang "the best" untuk kitorang ni.  Ha gitew!

So, terima kasih buat semua yg ucapkan takziah.  Begini la antara sedikit gambaran tentang arwah kakak ipar aku.. dan skg korang dah tau kenapa aku sedih sgt semalaman sampai bengkak2  mata, kemurungan dlm bilik, tak selera makan, mandi pun segayung, vaccum rumah pun tak jadi, masak pun kari.   

Tapi hari ni aku nak MOVE ON... aku tak nak berduka lagi.. supaya rohnya di sana tenang.  Yes!.   I can do it.









1 comment:

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.