Seorang anak kecil comel pulang dari sekolah...
"Ibu... ibu... nah surat. Cikgu suruh ibu baca surat ni.."
Ibunya pun membuka surat tersebut dan membaca isi kandungannya.. sejurus air matanya berjejeran...
"Napa ibu... kenapa??. Kenapa?. Apa yang Cikgu tulis dalam surat tu?" . Tanya budak naif tersebut.
"Tak de apa... Cikgu cakap anak ibu terlampau genius.. sehingga pihak sekolah tak mampu untuk menggajikan guru yang sesuai untuk anak ibu.. jadi ibu kena ajar sendiri di rumah.". Ujarnya sambil memeluk dan mengusap anak lelakinya itu dalam tangisan.
Sejak itu... budak lelaki itu pun belajar lah di rumah, home schooling atas tunjuk ajar ibu. Sehingga lah ibunya jatuh sakit dan meninggal.
Masa pun berlalu.... budak itu pun besar. Keinginannya membuak2 untuk melihat apa yg ditulis oleh gurunya.
"Kehadapan ibu Thomas...
Anak kamu mengalami kekurangan mental.. pihak sekolah tidak mampu untuk mengajarnya lagi... maka kami mencadangkan kamu mengajarnya sendiri di rumah..".
Tahukah puan2... siapakah Thomas Edison?.
Seorang usahawan berjaya Amerika Syarikat yang lahir di kurun ke 18. Antara rekaannya ialah : phonography, bulb (walau bukan org pertama membuat penciptaan ini) dan 1 lagi.. Makcik Mirror lupa ler plak... tapi memang genius!.
Kesimpulannya... kita jadi ibu ni tak usah cepat mengalah. Set otak kita untuk selalu mengatakan anak2 kita GENIUS!.
Kesudahan dari cerita ini, si mendiang Thomas telah menulis...
"Thomas A. Edison was a mentally deficient child whose mother turned him into a genius of the century."
Haha..
So... to "alpha mom" out there.... keep encouraging your kids and stay strong. Jangan pernah sekali-kali mengatakan anak anda bodoh mahupun hodoh.
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.