Tuesday, March 12, 2019

Idiom 11 - Pray For Pasir Gudang

Pernah tak uolz "tertinggal keretapi"?.
Sedang asik bercanda ria dengan kengkawan kat hostel... alih2 esok pagi nama kena panggil sebab tak pegi ceramah motivasi misalnya.  Lantas.. padan lah muka kena denda cuci toilet beramai2..

Rupa2nya telinga dah dikaburi syaitan...
Tak dengar pengumuman kat HEP pada hari sebelumnya..
Tu yang "tertinggal keretapi"..
Tak pe... itu kisah zaman hingusan..


Out of the loop..
You May Be Out of the Loop!.

Idiom kali ni... "Out Of The Loop".


Hola hop...
Hola hop... oh lala la.. hola hop..
Eh ni lagu P.Ramlee..

Walaupun loop tak berapa nak loop.. tapi effort utk menggunakan pic sendiri tanpa bantuan google  haruslah diberi pujian ye..


Macam mana nak elakkan dari tertinggal info.
Atau company misleading?.
Banyak cara... antaranya newsletter, white board, berkawan dgn "makcik radio" (yg rajin bagi info)..  dan sbgnya.


Kisah Bahan Kimia Metana Di Pasir Gudang

Apa khabarnya orang2 Pasir Gudang?.   I totally out of the loop... cuma dengar2 gitu je tentang ramai yg pengsan akibat pencemaran sisa kimia.   Kesian ye mereka...   dengar ada yg kritikal semua.
Moga Allah permudahkan..

So... I don't want to be out of the loop again... I want to put in the loop and here is the latest news...


JOHOR BAHRU 12 Mac - Jumlah mangsa pencemaran ekoran pembuangan sisa toksik ke Sungai Kim Kim, Khamis lepas, meningkat mendadak kepada 207 orang setakat pukul 11 malam tadi susulan berlaku insiden gelombang kedua tengah hari semalam. 

Mangsa pencemaran tersebut dilaporkan mengalami pedih mata, loya, muntah, pening, sakit dada dan sesak nafas. Kedua-dua SK Taman Pasir Putih dan SMK Taman Pasir Putih kini telah ditutup semula.  

  





No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.