Monday, March 11, 2019

Shoot oneself in the foot - idiom 9

Assalamualaikum and afternoon uollz...

Ai terbaca aritu... di sebuah sekolah di Jepun membenarkan pelajar declare makwe mereka dengan memberikan satu butang jaket sekolah kepada pasangannya.    Well itu negara masing2. 




Sementara di Indonesia pula... satu usaha murni telah dibuat dengan "upacara memutuskan cinta" di kalangan pelajar.   Ini bagi mengelakkan salah laku zina.  Ikrar putus cinta dibaca di hadapan guru or ustaz kot tu?.  (Ai kurang pasti.)  Dengan menyebut nama pasangan.   Wah!.  Ada yg cool... ada yg nampak sugul... tapi ai memang salute lah usaha2 mereka tu semua.    Tak dapat ai bayang kalau ini dilakukan di zaman2 kita sekolah dulu.    Kwang3...


Ok lupakan hal itu.   Apa idiom kita hari ni?.
Idiom ni tak de kena mengena dgn post di atas.



"Shoot oneself in the foot"  

Maksudnya sengaja cari padah.   Sengaja berbuat onar terhadap seseorang atau diri sendiri dengan melakukan beberapa perkara yg boleh merosakkan reputasi.  


Contohnya  :-

"He shot himself in the foot by telling everything  in his blog."


Dia sengaja cari padah dengan menceritakan segala-galanya di dalam belog.


"Shot in the dark" pula bermaksud... meneka dalam kesamaran atau main serkap jarang je.


  






No comments:

Post a Comment

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.