Assalamualaikum and hai.
Silver fern - Beautiful tribute to Christchurch victims now goes viral... terima kasih kepada kartunis The Cranberra Times, Pat Campbell yg melukiskannya ketika tak dapat tido di malam hari. It is so cute!. Boleh la menjadi idea untuk butang raya tahun ni... kan cute ni.
Meh kita zoom!. Ia adalah lakaran muslimim dan muslimat sedang solat. Mula 49.. pastu esoknya Pat tambah lagi daun pakis tu jadi 50. Ni termasuk Arwah Adik Haziq tu ke yg 50 ni?.
Innalillahiwainnailayhirojiuun... sebak nangis ai malam tadi atas pengesahan kematian Adik Haziq tu. Takziah untuk family mereka.
Apa itu Silver Fern?.
Nama saintifik pakis ni ialah "Cyathea dealbata", patut la pernah nampak orang jual brooch ni kat sini aritu.. nyesal pulak tak beli. Tapi bukan pakis solat ni lah.. just bentuk daun biasa sbb masa tu blom berlaku kejadian ni lagi.
Lambang2 berbentuk silver fern ini sinonim di New Zealand untuk pasukan ragbi.. The Black.. dan kalau tak silap bakal dilakar juga di Opera House.. (bakal la kot... sbb masa ai melawat Sydney blom ada pun lakaran tu kat sana).
Hari Jumaat ni juga bakal dianjurkan "Hari Tudung" di NZ sbg tanda perpaduan. Same goes to my kids... arini pun berlangsung hari berbaju2 ala2 berkabung di sekolah mereka.
Ok. Bye.
deep message nya. Allahuakhbar.. semoga kita semua sentiasa dilindungi dimana saja kita berada.
ReplyDeleteDeep kan Siti. Kak Mirror pun sebak tengok lakaran si Pat ni.
DeleteMasyaAllah..
ReplyDeleteKreatif betul ye.. buat lakaran Muslim sedang solat..
Alfatihah utk almarhum haziq..
Hannah jua tmpt my wahai syuhadah..
CH a.k.a Kak Yati...
DeleteComel kan..
Kreatif mereka ni.