Ya ke instagram dalam rangka usaha membuang jumlah pengkeLIKE? . Entah la... tak tau. Sila la google untuk kisah yg lebih pasti. Tak sangka pulak IG boleh mencetuskan impian tersebut. Sopan sungguh IG ni.. mungkin takut ada yg depression bila jumlah like di pic kurang dari kawan2 yg lain lantas menimbulkan kemurungan dalam masyarakat dunia... selanjutnya mengepos benda2 tak berfaedah demi sebuah like. Entah la.. wallahualam.
sekadar pic hiasan..
ini bukan insta famous.. tapi insTAKfamous
"Mereka" bukan hak milik kekal. Semuanya pinjaman Allah. Ai pun dah hilang satu pesbuk aritu.. dah try godeh2 pun dia kata email tu tak wujud... last2 malas nak pikir dah.. Mujur juga fb ai satu lagi masih berfungsi dgn baik.
Emm dengarnya juga.. KKM berhak memblock belog kita jika kita tersilap memaparkan produk2 yang membahayakan kesihatan. Walaupun review tersebut dibuat di entry2 tahun2 terdahulu yg kita dah tak ambik pot lagi.
Kesan dari itu blog tidak akan dapat dilihat oleh pembaca... keluar error 404. Maka.. uollz... sila lah buat "post mortem" dan gali balik review2 yg pernah ditulis sebelum ini ada tak produk hok pelik2. Especially utk blogger2 tegar... kang sedih pulak usaha bertahun2.. follower berjuta, income million2 tetiba belog ghaib begitu saja.
Cabaran seterusnya ialah.. cabaran setelah kita tiada lagi di dunia nan fana ini..
So.. . sebelum kita meninggal.. ada eloknya juga mendelete entry2 di zaman2 jahiliyah.. contohnya gossip2 artis yg kita pun tak tahu hujung pangkal.. sekadar sebagai "pelaris SEO" je semata.
Emmm kat belog ai ni.. kalau ada pun.. entry pasal Abby Abadi je la (sbb peminat beliau sejak azali.. hihi), Dato Chef Wan, Dato Sheikh Muzaffar, Edika Yusoff.. itu je kot.. Tapi.. inshaallah semua cerita yg baik2 je kot.
sungguh tu...kalau nak naik ramai yg suka letak benda sensasi yang entah betul atau tidak atau kalau betul pun akan mengaibkan orang lain..risau jugak di dunia sana kita ditanya...wallahuallam
ReplyDeleteIndeed.
Delete