"Jangan rasa lebih mulia dari orang lain...".
Tak sangka pula status ai di wassap menerima maklum balas dari teman2. Ai post tu sebenarnya nak hilangkan ngantuk je. 😈😈😈. Haha... Biasa la.. syaitan2 memang suka bergayut2an di mata bila kita ke majlis ilmu. Sementelah IRP tak sempat nak singgah belikan kopi. Majlis pukul 5 dah start.
Di samping nak bagi ianya hadam dan meresap ke sanubari juga.
Tetiba teringat orang2 tua zaman dahulu kala pula.. Alah... Zaman2 kegemilangan kita sweet 21 dulu... masa tengah laris manis.. Hmmm mesti la korang pun ada nostalgia manis macam ni kan?.
KISAH ORANG-ORANG YANG MULIA HATINYA
Once a upon a time...
Bila dikhabarkan ada orang2 tua yg berkenan nak jadikan ai menantu mereka ketika itu, (padahal ku kira ai ni bukan lah "baik sangat" pun. Tapi tak lah juga jahat sangat ye... hahaha... cuma tidak lah serba serbi lengkap litup meletup, segunung santun, masak hebat berkawah atau sebagainya). Maka setiap kali itu ku kira hati mereka sangatlah mulia dan husnuzon.
Terharu dan rasa speechless... tergamam, terkesima dan terkejut. Sudah la alim tapi tidak memandang orang lain lebih mulia dari mereka pula. Masyaallah. Maka, Ya Allah Ya Tuhanku... kau berilah mereka darjat yg tinggi di sisimu. Kubur2 yg luas (seandainya mereka ada yg telah meninggal), rezeki yg banyak (sekiranya mereka ada yg masih hidup). Aamiin.. Eh!. Macam ramai naw meminang haku?. Hahahaha... exaggerate je ni.
Thanks Tuan Rumah... sedap2 semuanya.
Ustaz tu skype dari obersea sebenarnya.. (canggih dunia kuliah zmn skg kan?) dan sebelum mengakhiri kuliahnya beliau melontarkan pesanan ini buat kami semua.
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.