Wednesday, April 17, 2019

Phone Dah Rosak So Kita Masak Bubur Sum Sum

Assalamualaikum..

Untuk makluman, phone ai dah arwah. Trajis episode kematiannya.. Kata Hjh Sue.
Bila dah ganti baru.. Segala contact number semuanya hilang.. walaupun nombor tetap sama. Boleh je hantar kedai.. repair and download.  60 dollars. RM180 kat sini ni. Tapi malas plak.. Sbb bukan 1 keperluan besar sgt pun. 

So,  anggap je la semuanya ada hikmah.. Kan Sam.. sbg mengenal pasti sapa yg masih setia nak keep in touch dgn ai.

Tapi gigih juga la semalaman cari balik nombor phone kawan2 kat messenger FB.  Dapat la trace balik beberapa orang.  Ada juga yg didapat dari belog.  Yg mana masih dlm group wassap dan ada DP.. senang sikit nak jejak semula.


Sebagai menghilangkan bosan.. Malam tadi buat bubur Sum2. 



Bubur Sum2 Aussie (Tak Cukup Bahan.. so.. Tak De la hebat sgt mcm org2 kg ai masak).

Sukatan utk 4 org makan. 

1 cawan tepung beras
1 cawan air pandan (ai guna 1st pandan paste + 1 cwn air)
3 cawan santan (ai guna 3/4 kotak santan + 3 cawan air)
Garam secoet

Jerang atas periuk... Keep stirring sampai masak.
Sejukkan dlm esbok.


Utk sirap

1 ketul besar gula melaka
Gula pasir
Air 1 mangkuk kecik
Kalau ada daun pandan.. Bubuh ye..
ai ni malas nak beli.. Jauh kedai dia.

Jerang atas api..
Boil...
Sejukkan.

Siram atas bubur sum2 tadi.. Dan biarkan mereka sembunyi dlm peti ais semalaman.  Esok bila cuaca panas terik baru makan.


6 comments:

  1. Haha. . Terus rasa teringin bubur sejuk manis di musim panas ni.. Kat mana nk dpt ni. .Kalau nk buat malas pulak. .takkan kena g Perth kot.. Hihu..

    Cemana tu hp xde.. Yeke. .tah2 dah dpt phone baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..
      Kalau kat Msia lg senang dpt bubur sum2 ni Aisy. Org2 jawa Johor bila kenduri turunkan kemah.. selalu dorang serve menu ni.

      Phone dah beli baru.. Tp contact number semuanya dah ghaib.

      Delete
    2. Nota = kenduri turun kemah means kenduri pulangkan kemah lepas majlis kawin.

      Delete
    3. Aah kak...family mil akan buat bubur sum sum dan edarkan kat teman2 dan jiran2 rapat dia lepas beberapa hari majlis kawen tu. Katanya tanda terima kasih dan buat hilangkan penat lelah rewang...
      Mesra betul orang java ni..hihi

      Delete
  2. Suka makan bubur sum sum..tapi belum ada keyakinan nak buat sendiri...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je la Yan.. lagi2 kalau pernah buat puding custard. Lebih kurang mcm tu je nak tengok dia dah didih ke tak.. tubggu bunyi blub2.

      Delete

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.