Sunday, April 21, 2019

Tido rumah orang sambil blaja masak

Assalamualaikum everyone..

Entry ini sebenarnya adalah ulangan dari apa yg telah ai post di Instagram story atau erti kata lain.. sebagai memperincikan jalan cerita or boleh juga sbg back up storage.


Ai sebenarnya seorang yang segan tido rumah orang.. kecuali dah terpaksa.. tapi pelawaan seorang teman kami ni sesuatu yg tak rela ditolak,  in fact.. satu masa dulu pernah berharap dlm hati  pun untuk dipelawa.. haha.. sebab "kampung" bondanya itu agak rare,  mendamaikan, jauh dari hiruk pikuk kota.. dan saling tak tumpah macam kampung2 di Malaysia.





Kedatangan disambut oleh bonda beliau (ai panggil Makcik) yg sedang sibuk menyalakan api chimney di ruang tamu.   Heaven pulak rasa.. sbb di luar hujan renyai2.  Sejuk.. hampir 9 degree. 


Makcik sebenarnya bukan lah asing bagi kami pun..  pernah bermusafir bersama so tak de la kekok sgt bersembang dengan beliau especially in Jawanese language.   Tapi.. baru ku terperasan.. my Jowo dah tak fluent macam dulu.  Hua hua.. 

Pakcik pulak.. adalah Mat Saleh..  seorang yg humble.  Rajin bertukang rumah.. dan cantik sgt rumah mereka.





5 star layanan tuan rumah, siap dgn bilik yg kemas sgt ni.  




Mcm2 beliau masak..  sedap2 semuanya. 




Pagi tu.. sempat la ai belajar beberapa menu, di antaranya Ketam Masak Tomato Bercili. 


Blend beberapa hirisan tomato, cili merah dan cili padi basah, bawang besar 1, bawang putih 3 ulas.   Tumiskan atas kuali. 

Tambahkan 2 btg serai yg dititik, daun limau purut. 

Renehkan.  Tambahkan gula dan garam. Chicken Stok. 



Sebelum tu.. ketam telah direbus terlebih dahulu hingga kulit bertukar merah mcm ni.   Ketuk2 sikit sepit2 dia menggunakan kacip besi (kalau kat sini byk terjual di kedai Kitchen utensil).  Senang mcm tu kan.. nak makan tak payah terkial2 potong.



Bila kuah dlm kuali tadi dah reneh dan secukup rasa.. tuangkan ke dlm periuk yg berisi ketam tadi (of coz dah buang air dia, basuh dan toskan).  Tetapi.. api stove tetap dinyalakan utk bagi mereka sebati.



Setelah berhempas pulas mengaduk rata semua kuah.  Matikan api dan hidang. 




Nyum nyum.. yummy!. 


Ni memang my favourite.. tapi Makcik tu pantas sgt buat kerja.. ai leka dgn ketam sampai tak sempat tengok beliau buat. Ehhh alih2 dah terhidang.   I know,  semua org tau resepi ni semua.. tapi kita cuma nak mendalami ilmu short cut.  Sebab bahan2 masakan Asia ni bukan lah semudah mana nak dpt kat sini.. so kalau ada org yg masak dan rasa sebijik mcm di Asia,  bermakna memang dasyat. 





Sehari je kat sana..  tengahari semalam kami dah balik.  Joco bulus pun dah rindu. 


p/s. :    korang pulak.. pernah tak tido umah orang? 

2 comments:

  1. Tido rumah orang ?? Emmm...bujang dulu pernah la... dah kawen ni... rumah adik beradik je la. Suami saya sgt pemalu orangnya...hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. suami Kak Mirror pun pemalu tapi nasib baik dorang ni semua mesra alam.

      Delete

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.