Thursday, October 17, 2019

Tangan Yg Menaip Mampu "Membunuh"

Walaupun ai bukan kategori peminat cerita Korea, pun bukan peminat cerita Hindustan (eh pelik kan ai ni.. dilahirkan dlm keadaan tak obses dengan tv) sapa lagi yg macam ai ni sila angkat tgn.. tapi cerita Sulli bunuh diri tu tidak ler pulak ku ketinggalan mengikuti.

Tu lah sebabnya ai anti betul dengan pembuli cyber, body shaming lebih2 lagi.  Suka hati lah kalau sapa2 nak jadi gemuk ke.. kurus ke.  Anak dia cun ke tak cun ke...Asal dorang tak mintak speghetti dgn kita .. eh ai skg suka mkn speghetti tau..  mana tau kot jadi tinggi lampai.  Hahaha... Gurau. 

Netizen mampu membunuh.  Bunuh mental. Jangan kita menjadi sebahagian dari mereka.
Teman2 lama juga tak terkecuali.. boleh  juga membunuh jiwa kalau jumpa2 tetiba cakap....

"Ehhhhhhhhh. Kerepotnya kauuuuuu!" (Ini contoh sahaja ye).
"Ehhhh napa gemok naw ni??.  Lain sgt dengan dulu..".

Tak baik kan cakap camtu?.  Kita tak tau masalah mereka, entah2 tersalah mkn ubat atau apa kan. Atau mungkin mangsa sihir cicak kubin ke atau sihir katak!.  Atau anak2 kuat menyusu badan.. atau thyroid. Ah entah lah kita tak tau masalah apa yg melanda mereka.. so don't judge what you don't understand.

Btw... utk yg jadi mangsa, dihina itu sebenarnya merupakan satu rahmat.   Dengan itu kita boleh belajar memperbaiki diri,  mencari apa yg terkurang.   Kalau manjang dipuji pun tetap ada tak baiknya.  

Solution??.   Setiap entry kena ada solution ye.

Credit to KKM


Beruntung lah kita dalam Islam ada doa2 pemanis wajah.  Sama ada rajin nak amal atau pun tidak.  So, tiada istilah hodoh ye.   Yg ada Sama ada berseri atau tak. Ustazah2 sekeliling ai ni walau tanpa make up pun cun je... jelez ai, mungkin terbit dari hati yg bersih dan husnuzon kot.  So.. hindari dari asik buat hal dgn orang nanti muka bertukar suram macam percikan kayu api neraka pulak. Kekeke..  bye.. assalamualaikum.

2 comments:

  1. gemuk tu selalu sangat kena...hahaha... jawapan standard, bahagia dan cukup makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi!. Gunakan kuasamu untuk saman mereka Yan. Hahahaha.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.