Sunday, October 6, 2019

Untuk Yang Bersedih

"Orang yang beriman, hatinya sentiasa gembira.. Tidak mudah bersedih oleh sesuatu.  Contohnya kalian yg tinggal di Australi ini (bukan typo.. memang begitulah sebutan Indonesia nya).   Kan kalian tenang aja, meletak pergantungan pada Allah. Tidak risau akan rezeki.. ".  suara Ustaz di sudut banglo milik seorang teman,  yang aku pun tak tau siapa nama Ustaz tersebut sbg tanda lamanya aku tak join  kenduri kendara.. haha.. sorry.

"Bersedih jangan berlebih2an...  bergembiralah dgn janji Allah (Syurga) dengan jalan istiqamah." Sambungnya lagi.

Ehhh makin best pulak tajuk ceramah ustaz ni..  bisikku dalam hati sambil menghirup air kelapa muda yg dihidang tuan rumah.   Karipap pun sudah dua bijik ku telan.  Bakso dan satay juga. Sekali sekala menyapa teman2 duduk berhadapan... terlalu lama tak bersua dengan mereka, rindu pula rasa.  Mata ku pun tgh segar sebab dah tido siang sebelum pegi.

Lantas kupatrikan di sini kata2 Ustaz itu.. kang lupa plak apa yg telah dipesan. (Maklum ler "rajin" naw pegi).   Mungkin akan berguna juga untuk anda yg sedang bersedih.. jika ada. Sekian.  Assalamualaikum...



p/s. :.  Sorry tak de gambo.. phone cap siput yg kami beli di satu daerah bernama Syisha, Saudi Arabia ni agak old school.. kejap bleh upload, kejap dia wat hal tapi dah banyak berjasa juga masa kat sana.. untuk berhubung dgn sedara mara di Msia dan Aussie ketika itu. 


2 comments:

  1. Baiklah...saya akan cuba bergembira dan tenang tenang aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Mbak Yan... Ayuh tenang2 aja.
      Penasaran hanya bikin kerepot.

      Delete

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.