Monday, March 1, 2021

Labour Day dan Pisang Goreng

Assalamualaikum and morning!!.

Hari ni Labour Day.   Hujan membasahi bumi Perth sedari subuh lagi.   Sedapnya jika dapat makan pisang goreng lagi bersama kopi O panas.. tapi semua gambar ini kisah semalam.    Berbaloi juga beli 7 dollars sekilo tapi muai untuk seisi keluarga.  




Duccase Banana -  since kami ni asal usul JDT,  pisang dan sambal kicap berpisah tiada.   

Kawan2 kata.. 

"What??. Pisang with sambal kicap.. owhh I cannot brain.".🤣😅

Whatever la kannn.   Yg pasti ai sgt bersyukur masih diberi peluang makan pisang goreng di negara omputeh. Alhamdulillah. Tros rasa nak nyanyi lagu Negaraku.   Petang ni kalau rajin nak goreng lagi baki yg ada.   

 




Ducasse juga dikenali sebagai "Sugar Banana" kerana rasanya yg manis.  Ia diperkenalkan di Aussie dari kurun ke 18 lagi, di mana ianya berasal dari Thailand.   Mungkin kalau diMelayukan.. pisang awak kot?.  (Makcik google yg cakap).. tapi bagi ai.. ia seiras pisang lilin, perfect untuk digoreng dan tidak mengecewakan.


10 comments:

  1. Itulah nikmat makan pisang goreng kalau sudah lama tidak makan.
    Ok itu puas digoreng.

    ReplyDelete
  2. Macam pisang kapas tu MM...
    Sedap digoreng..
    Cecah pulak dgn sambal kicap .. perghh

    ReplyDelete
    Replies
    1. CH - Oo pisang kapas. Memang sedap dgn sambal kicap. Kita geng!.😍

      Delete
  3. ammi kenal pisang tanduk je sbb dia je lain dr yg lain sizenya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ammi - Sedapnya pisang tanduk!. Lama betul tak makan.

      Delete
  4. itulah seronoknya jadi rakyat Malaysia, benda yang sama boleh pelbagaikan, contohnya pencicah pisang goreng ni...

    ReplyDelete
  5. Bila sebut pisang awak, tiba-tiba rasa rindu nak makan kerepek! Kerepek pisang awak paling sedap di dunia...ikut citarasa sayalah hehehehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie - Sedapnyaaa. Saya pun kempunan nak beli kerepek pisang, aritu kawan jual kat sini.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.