Friday, May 28, 2021

Nasihat dari teman lama..

"Sam..  buatlah sesuatu untuk promote Malaysia di mata dunia..".    Satu nasihat terbaik seorang teman baru2 ini.   Hikmah PKP di sana.. teman2 ai yg selalu busy akhirnya dapat menghadap phone dan bersilaturrahim.

Hihi..  terima kasih atas nasihat itu sahabatku... walaupun entah apa yang dapat ai sumbangkan??.  Sumbang dengan "tidak berkelakuan sumbang" je lah ye puan2.. dan tidak menconteng arang ke muka negara.   😁.    



Yang pasti baju2 raya dan shawl2 Malaysia selalu menarik minat mereka tiap kali kami pakai sebab kualiti memang terbaik setakat ini.  Cuma nak hadiahkan mereka je blom sempat.  

Viral laksa... ai buat laksa.  Viral baju Iban.. eh teringin plak nak pakai.. versi muslimah tho,  boleh ke tak?. Nak tanya Ustaz lah.. (kecik2 tangan tak bedung.. tu yg sume org buat, sibuk nak dibuat.. haha.. gurau!.  Mitos belaka.).   Tapi nak pakai gi mana Sam?.  Raya haji?.  Haha..

BTW.. ai memang suka sesuatu yg memiliki nilai2 estetika yang tinggi.. walau  ai sedar ai ni bukan la berjiwa seni sangat.   "Kekurangan" ini mula dikenal pasti bila kemarin ai post gambar hasil  lukisan anak3 ketika mereka kecil (yg ai sendiri tak faham apa yg mereka lukis) ..tetiba eh!!.   dapat banyak komen yg positif pulak di page tersebut.  Mostly dari pencinta2 lukisan tanahair yg penuh ilmu di dada.   


Atas :. Air tgn Cik Q,  bawah : Si Adik

"Macam post impressionism Van Gogh.. I think byk main dgn natural lighting, stroke... really impressive!.".  Ujar seorang Penjiwa Seni di situ.


Oh ya ke?. 😱  Tros ai google siapakah itu Van Gogh.  Hehe..   Jauh naw pujian tu.. tapi ok la at least Mama dapat 1 ilmu baru.  (Segala puji hanya bagi Allah).

"Hanya jauhari yang mengenal manikam".

Tu la... Sometimes..something we take for granted is someone praying for.   Hargailah apa yg ada di depan mata.


Monday, May 24, 2021

Laksa Australia by Miss Mirror

"Sam..  tak kan tak de brita luar negara ni?".  Soal teman ai.. merujuk tentang pandemic yang sedang mereka perbincangkan.

Alhamdulillah all good.. tapi tak mo la cerita yang indah2 di saat orang di tanahair sedang diuji dengan pelbagai pancaroba.   Kita lalui segala kesulitan itu sama2 ye.  Cubit pipi kanan, pipi kiri pun boleh senget.   

So.. apa yang orang di sana buat (viral), kami pun akan buat.. supaya tak tertinggal keretapi. Termasuklah laksa yg sedang hangat diperkatakan sekarang.



Ok ini Laksa Australia ye puan2.. diperbuat dari bahan2 yang tidak terdapat di planet lain.  Kekeke..  Nak membuatnya kejap je, lambat tang beli bahan sebab nak membelek ingredients pada mee laksa tu untuk pastikan ada tanda HALAL. Selalu beli dapat yg saiz normal macam kat Malaysia tu, tapi kali ni cenonet2 plak.. tapi dari segi rasa.. alhamdulillah telah diiktiraf sedap oleh family.. walaupun sebenarnya ai terlupa beli daun kesum dan salad. 🤭





AWAS!.   INI STATEMENT GEDIX..

Sebelum tu.. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.. hihi..

Maaf la kalau orang nak kata ai  ngengada, mahu pun cerewet tak tentu pasal.   The reason ai prefer memasak sendiri laksa di rumah sebab... ai tak rebus telur tu dalam satu pot dengan mee laksa (sesetengah orang buat begitu utk jimat bil.. so rebus telur yg berkulit tu sama2).   Tapi......... emmm.. tak pe la.. selera masing2 kan.   Tapi ai tak akan lakukannya... sebab ai membesar bersama2 ayam itik di reban so ai kenal "mereka" tu mcm mana.  Takut SALMONELLA pun satu hal. This is my personal opinion tho.. ai pun tak tlg bayarkan bil api rumah mereka.

Dan alhamdulillah..  laksa di Aussie  terjual dalam keadaan eggless.   Pernah makan masa iftar kemarin.  Ain yg order masa tu.  Sedap.  Ai cakap dgn Ain... nanti jika nak datang lagi, bawa telur rebus dari rumah.   To the resto.. keep it that way.... I loikeeeeeee... sebab sesuai dgn kePARANOIDan ai seperti yang tersebut di atas.


p/s :.    Mee laksa boleh dipendekkan masa memasak dgn merendam terlebih dahulu bhn mentah tersebut semalaman sebelum merebusnya pada keesokan hari... Inshaallah 10 minutes done! 


Thursday, May 20, 2021

Cara Pembuangan Barang2 Terpakai Di Malaysia

Assalamualaikum w.b.t

Dalam entri semalam ada yang bertanya tentang "skip bin" di Malaysia.. since ai tak duduk sana maka tadi ai telah meminta jasa teman2 maya untuk menjawab pertanyaan itu.   Tak sangka la pulak nama tong besar ni RORO jika di sana. 🤔🤔  (Bukan Roro Kidul atau Roro Mendut ye?).   


Aussie




Johor Bahru


"Selalunya...contractor buat rumah (baiki) akan sewa roro ni... orang nak de-clutter pun akan sewa roro ni...range harga sewa RM150-RM200.00 (Selangor)."  

Menurut seorang warga maya yg lain pula, di area Skudai, Johor  difahamkan kos sewa roro berharga RM180.00.

Maksudnya ada company yang sediakan servis ini.  Jadi mungkin harga berbeza2.  


Update :.   Kawan ai kata kalau kat JB boleh call JB SWcorp.. percuma je.   Mereka collect tiap Jumaat atau boleh call kalau nak cepat.


So, bilakah mereka bakal mengutip semula setelah ianya diisi dengan barang2 buangan dari rumah anda, pasti bergantung pada permintaan anda.   Secara logiknya lah kan?.


Kalau kat Aussie ni.. mereka ambil dalam 2 hari selepasnya, ternyata agak melegakan sebab untuk mengemas dan memunggah perabut2 buruk dan lain2 dalam hanya sehari tidak cukup masa pula.  Kadang malam mula terpikir lagi ada benda2 lain yang perlu dibuang.


Pantang larang tentang apa yang boleh dan tidak untuk dibuang ke dlm roro mungkin sama je la kot dgn di Aussie.   Gas, sisa2 makanan, asbestos dll. 



Untuk Baju-baju Terpakai

As for recycling your old clothes in Malaysia.. Ai ada simpan juga keratan  ini.. (klik photo cenonet ini untuk tumbesaran).  Credit kepada pemilik FB yang ai tak kenali.  




Dan.. terjumpa gambar lama yg orang fwd ni.. ada nombor tertera di situ (klik utk tumbesaran gambar).






Moga entri ini membantu, jika ada teman2 yg ingin menambah.. boleh tinggalkan di ruangan komen.   Thanks in advance.   Ai pun akan edit lagi post ini jika ada lagi info2 yang boleh dikembangbiakkan.

Sekian.



 


Tuesday, May 18, 2021

Sessi Buang Barang (Skip Bin)

Sebelum raya dah oder "skip bin" dengan pihak majlis .. tapi sebab kami request pun dah last minute, so sampai pun  semalam.  Eksited clearkan rumah.. moga jiwa semakin lapang dari menghadap pelbagai khazanah yang menyerabutkan jiwa. 

"Biar hall kita minimalist.. yang penting, kabinet dapur penuh  rempah ratus."   Ujar Sam dengan motto barunya yg entah apa2.  Macam pantun tapi tak menjadi.



Tapi tak la semuanya  dimasukkan ke dalam skip bin.. ada yg perlu dihantar ke pihak yg memerlukan.   Beberapa items  berikut dilarang sama sekali untuk dibuang ke dalamnya sebagaimana tertera di dinding bin ini.





Jangan tunggu sehingga anak telah berkahwin..


Berikut ada beberapa nasihat dari seorang Sam jika ianya mahu anda dengar... (Oh ye.. ai dah makan garam dlm kiraan 2 sudu sehari.. selama hampir setengah abad.. sila buat kiraan sendiri.).

"Jangan tunggu hingga anak3 telah berkahwin untuk sorting outkan pakaian lama mereka.  Jika tidak anda akan mengemaskan store dalam lelehan air mata.   Lakukanlah sekarang ketika mereka masih single dan berada di sisi anda.    Because why?.   Baju2  ketika mereka kecil yg anda temui semula dlm kotak2 lama akan membuatkan anda terimbau kenangan lalu... Lantas ianya tidak terhenti di situ... jiwa anda akan terawang2 saat baju2 itu dipakai ketika mereka pulang dari tadika, mungkin sehelai gaun ketika mereka masih dlm troli Jusco misalnya atau sehelai pijama ketika mereka merengek minta perhatian.. tapi anda tak endah sebab sibuk main pesbuk.... then  dunia perkahwinan mereka tika itu pula mungkin membataskan pertemuan anda dengan mereka setelahnya, kecuali la berbesan dgn jiran sebelah rumah atau anak anda duduk serumah.






Then hal ini akan membuat sessi mengemas berjalan  dengan tidak lancar malah penuh  episod sedu sedan.. ditambah pula oleh gangguan jin2 store. (Akibat store dah lama tidak dijenguk).   Ini akan mengeruhkan lagi keadaan.   

So... moral of the story.. elok la clearkan  semuanya sekarang untuk mengelakkan hal2 tersebut..".

Tetapi.. untuk baju2 sendiri, tinggalkan la dlm sehelai dua di tempat2 tertentu.  Kurang2 jika anda telah tiada nanti dan mereka pula mengemas.. atau suami anda mengemas...mereka akan ingat anda lantas tersedu sedan  mengirimkan al fatihah.🤪.

BTW... sedekahkan lah baju2 yang kita sayang tapi tak pakai ketika kita masih hidup, moga kelak markahnya lebih tinggi berbanding ketika kita telah pergi.. (atau dibimbangi tak dpt markah langsung sebab org lain yg sedekahkan bukan kita.. Wallahualam.. tanya Ustaz).  After all, apa yg kita ada ini pun soalannya akan terlalu baaaaaaanyak ibarat kisah si mati dgn hanya satu tongkat (sila google).  Nauzubillahiminzalik.

Sekian.


Monday, May 17, 2021

Sorry lambat wish HARI GURU..

Assalamualaikum and morningggg!!!

Selamat hari guru untuk semua teman2 blogger dan followers yang bergelar PENDIDIK.  Sorry lambat wish sehari.  Semalam busy menghadiri perjumpaan raya. 

Sebak semacam pula  bila wish untuk bekas2 guru saya. Tambah pula bila view profile mereka di sos med, sayu rasa di hati melihat wajah2 yang dahulunya bertungkus lumus "memanusiakan" seorang saya kini kian dimamah usia.  (Tapi tak semua la.. ada yang masih muda jugak.. hihi.. cuma entah kenapa sayu, terkenang mereka rela meredah banjir, berhujan berpanas dan pelbagai lagi pengorbanan yang tak mampu disenaraikan di sini).



"So.. dengan ini saya perlu kekal "behave" demi menjaga nama baik mereka. Tak mo noti2 coz I am their "product"!.   Ha gitchew."


DOA MEMOHON KEAMPUNAN UNTUK GURU


اللهم اغفر لغشايخنا ولمن علمنا وارحمهم، وأكرمهم برضوانك العظيم، في مسعد الضدق عندك يا أرحم الراحمين


Ya Allah, ampunilah guru-guru kami dan orang yang telah mengajar kami. Sayangilah mereka, muliakanlah mereka dengan keredhaan-Mu yang agung, di tempat yang disenangi di sisi-Mu, wahai Yang Maha Penyayang di antara penyayang. امین یا رب العالمین.





Padahal ai sekadar bawak buah je perjumpaan raya semalam, tapi busynya mengalah orang masak burasak.😅.   Ya la.. ai kena pastikan buah tersebut fresh, dicuci bersih, kekal berkhasiat serta memberi effect flawless di kulit hadirin yg hadir.. kena la fokus.  Wakakaka..




Chanel bulus tu lah angkara yg "melembabkan" proses di dapo.   Manjang kacau nak interframe.  And you know... now habit "bercermin" tu dah terfaraid pada dia.. so Mama dah bebas dah dari sumpahan hantu cermin.   Alhamdulillah...   😆


 


Friday, May 14, 2021

Cerita Raya Kami 2021

"Apabila kita redha pada sesuatu yg mengecewakan hati kita percayalah, Allah akan ganti semua itu dengan sesuatu yg tidak dijangka2".    Ternyata janji Allah itu benar.


Sejak lockdown dan disusuli restrictions aritu... memang ai dah pasrah, kalau tiada apa2 Eid Event akibat Covid, ai ingat nak raya cara Aussie style je lah.. minum2 di Coffee House dgn baju raya.. janji anak3 happy.   Memang pasrah.. tiada yg tidak pasrah melainkan pasrah belaka.


Tapi... di hujung terowong, selalunya ada lampu terang yg menunggu.  Tiap hujan yg lebat pasti akan berhenti.   Akhirnya kuman2 lari tak mo kawan dgn orang2 Perth lagi dah setelah menjelangnya 10 malam terakhir aritu (begitulah analogynya.)  Alhamdulillah..  


So dapat la raya.  Terimakasih  kepada warga Malaysia Hall Perth yang telah menyediakan menu yg lazat2 belaka di pagi raya.   Tapi sebelum ke sana.. ai dah masak dah rendang daging kat rumah. Dua hari sebelumnya pula rendang ayam utk iftar.   Motif :.  Supaya anak3 tahu.. raya dan rendang berpisah tiada, ia adalah menu warisan yg harus dikekalkan sampai bila2.   


Untuk menaikkan lagi mood.. takbir raya pun dikumandangkan sepanjang malam.  Tapi youtube je lah.   Hihi..  Tak sangka rupa2nya ai strong.  Semakin didengar semakin terhibur.  

Bear in mind :.   Raya untuk bergembira, bukan berduka ye.   


Melihat anak3 happy.. kita pun jadi happy.   Tengok kedua bonda kat kampung redho.. semangat kita pun jadi lain.  


Bila dihitung fadhilat2nya, malam raya kali ni paling nyenyak tido sepanjang hidup.. lena hingga ke pagi.   Sebab tak banyak yg dimasak berbanding tahun2 lepas sambal goreng bagai.  Itu lah  tanda Allah sayang supaya berehat... 


Shopping Carpet Di Pagi Raya!!!



Ini cerita sepulang dari Malaysia Hall.

Orang beraya rumah nenek, kita pulak beraya kat Ikea.   Tu la anak3 ai.. shopping last minute.  Masing2 busy di bulan puasa.





Asalkan ke Malaysia Hall je.. fefilling macam balik kampung.   Dah kenyang makan, posing pulak kat taman bunga.  Happy kemahen anak3 ai.. macam melancong ke obersea pulak.. haha.. (eh lupa, memang kat oversea pun).  Mungkin hadiah Allah.. raya kan hari kemenangan.   Kebetulan cuaca sgt redup semalam.  Desiran anginnya mengingatkan kenangan masa kami mula2 bergelar pelancong di daerah ini.




Tetiba dapat text dari kawan ai yg kansel open house aritu untuk singgah rumahnya makan soto.   Walaupun bukan open house tapi happening jumpa kawan2.



OOTD raya - tetiba pilih kaler yg kontra dari selera sebelumnya.   Eh!. Ok pulak..   Itu la.. kdg2 hidup perlukan perubahan juga.



Hari kedua raya :.    Biryani Pakistan - punjungan kawan Uni Cik Q.


Sekian.


Thursday, May 6, 2021

Cara Mohon Maaf Dengan Orang Yg Telah Meninggal?

Assalamualaikum uollz...

Ehhh!!.  Syyhhhhhhhhhhh!!!.   🤫🤫

"Jangan tegur orang Johor.. dorang tengah takde mood".    trending pulak ayat ni sejak semalam.. angkara pengumuman PKP di beberapa buah daerah.


Ok ai faham. Tak pe la kalau macam tu.. biar ai cakap sensorang  atau dgn  followers2 di planet lain dulu ekk (eh tetiba ada ekk pulak).   Nanti bila mood anda telah kembali ceria, boleh la baca balik entri ini.   Skg uollz tenang2kan diri dulu dan bawa la berehat...  Kita sememangnya akan selalu diberikan cubaan dgn apa yang hati kita sangat2 inginkan.








Mlm tadi muncul satu tajuk di beranda.. bukan beranda rumah.. tapi balkoni youtube.  "Cara memohon maaf dengan orang yang telah meninggal..".


Selama ni tak terpikir pula ai untuk bertanya dengan memana Ustaz akan tajuk ini.. sebab "perasan" macam tak de kena mengena dgn diri sendiri.   Astagfirllah..


Tapi dah tua2 ni elok lah dimuhasabah diri mungkin antara sedar dan tidak di zaman2 purbakala pernah berbuat salah atau sebagainya dgn orang atau mahluk lantas orang tersebut tidak dapat dijejak lagi.. now elok la ambik pen dan kertas untuk buat senarai nama sebelum kita pula yang meninggal dlm penyesalan. 


Menurut Ustaz Abdul Somad... bersedekah lah bagi pihaknya.  Moga2 dosa tersebut terampun.   Contoh2 sedekah ialah air.    (Ini ai copy bulat2 je cadangan beliau ye).   Atau bersedekah pada yang memerlukan atas nama arwah.   Jika berhutang.. bayar la hutang2 tersebut pada waris2nya.    


Bagaimana pun.. sila rujuk pada yg lebih arif lagi untuk kejituan jawapan.   



Kalau contohnya ada 3 org yg pernah kau lukakan hatinya dan kau belum mampu nak sedekah byk.. sedekah dulu sikit2, 1 mlm 2 dollars misalnya.. lama2 kan byk.  Lagi2 jika jatuh di malam lailatulqadar.. umpama telah bersedekah selama 83 tahun.

(Ini cadangan ai je ye.. bukan Ustaz yg ckp).




Untuk yg pernah buat salah dgn ai tapi tak sempat mohon maaf tu.. ai tak minta apa la kan.. just beg yg ni je kay.. kekeke..




Moga Allah permudahkan semuanya.  Bye.


p/s :    Perbaikilah dirimu, dengan sendirinya orang lain akan berlembut hati memaafkanmu.