Musim cuti ni visitor yang muncul dlm blog lebih tertumpu pada entri2 lama je. Tapi heran, napa tetiba entri2 seram plak yg banyak diberikan perhatian. Ai sendiri pun dah lupa kisah2 tu. Sejak duduk sini, hal2 yang seram pun dah bertukar jadi saintifik. Tak de can untuk menakutkan anak3.
Contohnya :-
Di suatu malam Jumaat...
"Ma. Bunyi apa kat dapur tu?." Tetiba anak bongsu ai masuk bilik.
"What???!". Ai pun memberanikan diri bangun menuju ke dapur.
Blupp... Bluppp... Blupp...
"Eh!. Betul la.. suara apa tu?. Macam orang hisap darah!". Ai berbisik sebaik saja melangkah ke ruang tamu. Sesaja menambahkan rempah dalam penceritaan untuk melihat reaksi anak3.
"Bunyi apa Ma?". Tanya Cik Q pula.. yg sedari tadi sibuk di biliknya seolah2 tak de rasa cemas langsung.
"Entah. Hantu kot.. Atau mungkin homeless singgah rumah".
Secara saintifiknya itu memang sifat semula jadi peti ais. Peti ais suka berkeroncong dan bersenandung. Keadaan ini disebabkan gas penyejuk sedang mendidih dalam penyejat iaitu bagaimana ianya bekerja.
p/s. :. Masa untuk tukar yg baru kot.
Itulah kisah bila bersama dengan anak-anak. Ada-ada sahaja ceritanya.
ReplyDeleteLama tak nampak blogger Pokok Manggis. Sihat hendaknya.
Deletepeti ais ada bunyi gitu ye? apsal ammi tak perasan
ReplyDeleteAmmi - now dah ilang dah. Tu la yg peliknya.
Delete