Friday, December 16, 2022

Jangan risau jika anak anda bersifat aneh

Last two weeks Ain singgah jenguk ai.  Sebab hubby dia outstation.

"Ain.. apa kata, arini Ain jadi penulis jemputan kat blog Mama?".    

Sebenarnya ai dah tahu dah jawapannya sebab 10 tahun dulu pun ai pernah offer.   Tidak seorang pun yg berminat di rumah ini.


"Tak nak.   Jiwa Ain matematik..".

Saja la tu buat alasan.   Padahal pernah menulis novel dan menang sagu hati kot satu masa dulu.

Tak semestinya jiwa matematik tidak boleh berseni.   Sebagai contoh Nikola Tesla.  Jom hari ni kita menambah ilmu sikit uollzzz!.



Pic sekadar hiasan.



Nikola Tesla adalah seorang genius yg telah menjadi penyumbang pertama di dalam penciptaan barangan elektrik  serta lebih dikenali kerana hasil  penyelidikannya menghasilkan revolusi dalam pembangunan bidang elektromagnetik pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20.

Apa yg menariknya, Nikola telah diajar untuk melatih memory di otaknya dengan gambar. Gambar adalah seni.  Dengan belajar seni mampu merangsang imaginasi di mana imaginasi adalah sumber dari teknologi. 

Dengan seni kita mampu mengimaginasikan sesuatu dan berusaha mewujudkannya.    

Well... So far Ain masih ada minat melukis.  


Waktu mudanya Nikola memiliki satu sifat aneh. Dia menolak untuk menyentuh rambut siapa pun, tertarik dengan benda berkilauan seperti perhiasan, serta selalu menghitung langkahnya ke mana pun dia pergi.

Gara2 genius sgt.. sampai jd aneh.🤔🤣.   

So puan2... Jangan la gusar jika ada anak2 anda ada yg berkelakuan agak aneh.   Mungkin itu ciri2 terlebih genius lantas one day mampu mencipta Kota Terbang!!!.   MasyaAllah.  Aamiin.

p/s :.   Adakah anak anda ada yg bersikap unik dan aneh?.  Sila kongsikan di ruangan komen.    My son aneh sebab suka mandi berjam2.  😅 .



1 comment:

  1. wow...kota terbang. kota tu kena pakai tikar zam-zam ala kazam tak agak2?..

    setakat ni belum ada yg aneh2 pada anak2 ammi

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.