Thursday, January 5, 2023

Bercuti area selatan

Bercuti area selatan kali ni.  



Ini saja yg bertanda halal di R & R. Ai  minta Cik Cashier menuangkan sedikit air panas.  Walaupun sifat azalinya megi goreng, biarkan saja ianya berkuah, sebab ini bukan di rumah untuk bersikap cerewet.



Beli mashed potato tanpa gravy dan makan bersama sambal kering.   Motif?.  Nanti panjang lebar pula jika menjelaskannya.




Sampai di homestay, baru terperasan minyak masak lupa beli.  Tapi ia bukan lah masalah yg terlalu besar hingga membawa kemurungan. 



Kari ketam tanpa tumis.    Bahan mentah  dibeli di Bunbury Farmers Market ternyata sangat berbaloi kerana ketam sangat fresh.



Malam pula makan di Eaton Fair.   Ada sebuah kedai kebab halal di situ. The Nile.  Lupa snap sebab sibuk mencari minyak masak di Coles tapi yg didapat hanya minyak zaitun, canola dan peanut.  Ai pilih zaitun.. Hantam sajalah.   Mungkin Allah ingin menjadikan wajah kami semakin muda kot.



Update :.   Datang sekali lagi dan snap menu.




Pantai..


Breakfast masak nasi goreng dan tortilla versi pandai.  Ini hidangan untuk En Suami.  Ai masih mengelakkan minum kopi.



2 comments:

  1. tang mee goreng tu..apa ada hal, kita yg buat dia ikut sukalah nak goreng ke nak berkuah ke kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ammi - Betul. Tapi tidak untuk anak2 saya. Mereka nak yg 'sempurna' mcm dlm iklan megi. 😁

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.