Saturday, September 16, 2023

Kebun Cherry Blossom Di S & R Orchard

Assalamualaikum w.b.t..

Pergi ke S & R Orchard ni bertiga je dengan Cik Q dan ayahnya.   Si adik tak dapat join kerana ada kelas.   



Plan pun last minute jadi sekadar bawa apa adanya yg sempat dimasak di rumah.   Hidangan dimakan di pinggiran bukit.   






Cherry blossom.


Dibawa menaiki truck mengelilingi kebun.  Optional... kalau tak nak naik truck pun takpe.

Sebelum tu  dah jalan kaki untuk memotret diri di pelamin2  cantik yang tersedia.  Puaslah bersanding hampir 5 pelamin.  Nasiblah Encik Suami tak meragam.  Haha.  (Faham2 je la.. typical lelaki Melayu mana pandai nak romantik).   Cuaca memainkan peranan juga.. sedap sejuk berangin (spring), kalau panas berdentum mesti bleh bergaduh untuk bergambar.   Jadi.. tak boleh salahkan suami anda jika di sana ada yg  enggan diajak selfie, salahkan cuaca Malaysia.  Haha.. kidding.


Note :.  Bukan apa.. terbaca tu ari ada isteri2 merungut suami mereka payah naw diajak selfie.   Tak mo camtu ye Tuan2... hargailah isteri anda selagi ada.   Selfie bersama2 pun 1 bentuk membahagiakan isteri.  Bukan la untuk upload kat memana, untuk simpanan sendiri dan kenangan.   Eh!.  Tetiba Makcik Mirror membebel padahal tak de kena mengena.





Ini antara pelamin2 yang tersedia dan banyak lagi...including the piano, the car, the phone booth, the caravan, the Insta frames and arches, all covered in flowers amongst the orchard trees are the main drawcard.




Kita snap je mana2 yg cantik... walau sure tak beli sebab tak pasti halal ke tak.






Berehat minum kopi di sini.   Jurujual adalah orang Indo.. so boleh ngobrol2 Melayu.


Entrance Fee sebagaimana tertera.





8 comments:

  1. oohh... maknanya suami saya tersalah benua la ni.. patut lahir kat antartika sana. ni lahir kat segamat, aje patut tak romantik

    ReplyDelete
  2. " typical lelaki Melayu mana pandai nak romantik " --- sgt setuju part ini hahahaha

    aduhai cantiknya pelamin di situ! pinkyyyyyy *love love*

    ReplyDelete
  3. hahaha.. kenapa ek? pasni boleh buat research faktor-faktor yg mempengaruhi lelaki melayu x romatik... hahaha.. nasib baiklah en suami sy jenis yg mudah diajak selfie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mim - tu la.. terbaca kat group luahan isteri2, ramai yg bersedih hati suaminya tak nak selfie lantas mereka overthinking yg bukan2.

      Delete
  4. Eh terbalik lah kita kak, kalo saya dan suami, dia yg sukaaa gila foto 🤣🤣🤣. Sementara saya tak nak. Tapi saya suka ambil foto dia. Cuma tak nak difoto saja.

    Jadi kdg kami begaduh cuma gara2 dia nak foto selfie berdua, saya tak nak 😅. Sesekali oke, tapi kalo dia kadang tiap semeter nak foto trus 🤣🤣.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fanny - Oh begitu ya. 😁. Suami isteri saling melengkapi.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.