Nampak naw dah lama gambar2 ni terperap dalam draft. Sekitar pasar merdeka sempena majlis kemerdekaan yang ke 66 dan Hari Malaysia yang telah diadakan pada 9 September yang lalu di Hay St, Subiaco. Western Australia.
Anugerah-Nya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia๐ผ๐ต๐ถ
Banyak2 lagu yg didendangkan ketika majlis berlangsung, paling touching bila dengar lagu ni. Sobssz. Mungkin sebab liriknya menyentuh hati kot.
Pegi dgn Encik Suami, anak2 dan menantu.
Kali ni Cik Q tak dpt join. Orang ramai. Kami makan atas kerusi berbangkukan paha je... sian my menantu terkial2 makan, tak biasa. Next time kita makan atas meja Nak ye.
Majlis diadakan selama 2 hari. Hari pertama ai tak sempat berbaju traditional sebagaimana yg dialu2kan.
Hari kedua baru dapat berkebaya dan berbatik. Mujur juga cuaca agak hangat, dapat la berkebaya bagai.
Terima kasih kepada yang hidangkan kami kek ini. Sedap sangat.
Moga Malaysia terus maju. Sekian.
phewittt... pakai kebaya nyonya ke tu kak?
ReplyDeleteKakmim - Pandainyaaaa!. Mana awak tau ni?. Ada cctv ye?. Kekeke.
Deletealhamdulillah...duduk dekat luar negara, vibes dia msti lagi kuat kan?
ReplyDeleteAdnil - Ha'ah. Dengar lagu2 patriotik kat negara org feel dia lain mcm.. bleh berjujuran air mata.
DeleteMemang lah kalau dengar lagu kebangsaan negara sendiri berkumandang saat tengah di negara lain, rasa terharu ya kak ☺️. Apalagi kalo dah lama tak pulang. Makin berasa rindunya ❤️
ReplyDeleteFanny - Ya. Walaupun selalu juga pulang.
DeleteDi Aussie takde dianjurkan program Keretapi Sarung macam kat UK ye?
ReplyDeleteCarneyz - Best juga tu tapi nampaknya saya belum pernah nampak lagi aktiviti keretapi sarung di Perth. Hopefully ni in future Malaysia Hall akan anjurkan.
Delete