Saturday, December 23, 2023

Jalan-jalan ladang buah

Hari minggu ni kita buat entri santai-santai je lah.   Sekadar menghabiskan gambar-gambar yang tersimpan dalam galeri.   Ini cerita beberapa minggu lepas ketika ronda2 ke kebun2 orang.   Ia menghala ke Perth Hill.

Di sepanjang jalan menuju ke perbukitan ini, kita diperlihatkan papan tanda :  "Fire Danger Rating".   Melaluinya kita dapat mengenal pasti adakah area itu selamat (dari kebakaran) ketika musim panas begini.




Ajak my MIL bergambar tapi tak mahu, beliau takut nanti bila balik Malaysia teringat2.  Laa pulak.  Tu yg ai cuma snap gambar traktor je tu. Gambar orangnya simpan dalam ingatan je lah.



Sebenarnya kita boleh petik sendiri dari pokok (rujuk nota di bawah) tapi sebab cuaca panas, tak de mood pulak.   Padahal dah pakai topi besar supaya muka tak terbakar.  Tetap juga rasa kurang selesa untuk segala aktiviti.  So.. kita ronda2 je lah dan beli apa yg telah tersedia di rak.



Sepulang dari ladang ini kami picnic pula di Kingspark.     Esoknya datang ke sini lagi konon2 nak bawa budak berdua tu pulak, sebab masa kami bertiga pegi ni, dorang busy.. tapi tutup pula rupa-rupanya.


4 comments:

  1. Seronok boleh petik sendri... Ala2 mcm kt kebun sendri lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda - kalau musim sejuk, teruja sikit nak petik. Musim panas ni, takut make up cair.. 😅😅

      Delete
  2. Saya pun kalo sedang panas, dah lah tak usah petik2, beli yg sudah dipacking saja 😅🤭. Tak kuat rasanya kalo harus berpanas2 di ladang buah 🤣. Pernah waktu itu ke taman buah Mekarsari , tak jauh dari jakarta, tapi panasnya amboooooi, rasa nak pingsan mungkin di tengah ladang nanti 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fanny - hahaha... ya, kemarin kami juga begitu, beli saja yang udah dipacking.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.