“Si Max dah arwah.”
Satu hantaran teks ringkas dari anak sulong kami, namun isinya berat, menghantui hari itu.
Ai terdiam seketika, kata-kata itu mengalirkan rasa pedih yang sukar digambarkan. Max, si kucing muda yang periang, teman setia Si Kakak dan suaminya di Australia sejak kepergian Arwah J. Dia sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri. Pagi itu, langit yang cerah terasa mendung di hati.
"Innalilahiwainnailayhirojiuun," balas kami.
Max pergi tanpa amaran. Kakak juga tidak banyak bercerita dalam teksnya. Ai tahu dia cuba menyembunyikan kesedihannya di sebalik kata-kata ringkas itu. Ternyata benar, malam selepas dikebumikan kakak menangis di talian.
Hari-hari selepas kehilangan Max, Si Sam (not me but cat), kucing Si Kakak yang maine coone ini pula merasai kehilangan teman sebiliknya. Mereka seperti adik-beradik. Sejak itu Sam hanya duduk termenung tepian tingkap, seolah-olah menunggu Max pulang. Tak ada lagi sesi kejar-mengejar di tepian kolam renang, tak ada lagi geseran mesra antara mereka berdua di rumah itu. Sunyi!!.
Si Kakak cuba sedaya upaya menceriakan Sam, membawanya keluar berjalan, menunjukkan pemandangan luar, tetapi kosong. Sam masih dalam dunianya yang kelabu. Masih dengan hobi barunya, termenung tepi tingkap.
Namun, hidup perlu diteruskan. Beberapa minggu kemudian, suami si kakak membuat kejutan sempena hari jadinya. Mereka membawa pulang seekor kucing baru— putih tompok2 ini.
Comel tak???
Alhamdulillah Kakak kembali tersenyum, memudarkan duka lalu.
“Kita namakan dia Tompok Milne,”
(Muka omputeh tapi nama macam jejaka kampung 😂). But we love it.
Update : Esoknya beliau text, dah tukar nama jadi Bean Milne pulak.😅
Si Sam pada mulanya kelihatan teragak-agak menerima ahli baru, tapi perlahan-lahan dia mula mendekati Tompok, seakan menyedari Max takkan kembali. Sejak itu Si Sam tak lagi termenung di tepian tingkap dan mula kembali ceria.
Ini pula Chanel, “Makcik” kepada mereka bertiga. Jarang Makcik tak sayang anak sedara kan?. Tapi Chanel ni bila Sam atau Arwah Max datang rumah kami, mesti nak bercakaran. Mungkin sebab cuma Makcik angkat je kot?.😂
Note :
2 steps for happiness :
1) Get a cat.
2) Get yout cat a cat.
p/s : Semua org ada ujiannya masing2. Dengan sokongan yang tepat, kebergantungan kepada Allah, setiap ujian boleh dilalui dengan baik. Insha Allah.
salam takziah buat kakak.. semoga pengganti max dapat menceriakan semua ahli dalam rumah
ReplyDeleteThanks Deqsu dan mudah2an Tompok umurnya jauh lebih panjang & sihat sentiasa. Aamiin.
DeleteAla.. kucing pun nk ambik nama sempena nama nannynya jugak ke???
ReplyDeleteKakMim - tu la dorang ni, dah menyukarkan Grandpa nak panggil wife pun Sam, “cucu” pun Sam. 😂
DeleteSaya bisa bayangkan sedihnya. Bagi saya pun anak2 bulu di rumah dah bagai anak sendiri. Kalo bisa dimasukkan dalam kartu keluarga, dah saya masukkan nama2 mereka.
ReplyDeleteSyukurlah sam tak sedih lagi yaaa. Memang sebaiknya ada 2 ekor kucing supaya mereka bisa saling bermain. Apalagi kita tak setiap saat bisa mengajak main mereka.
Lucuuuu sangaaat si new boy laah 😍😍😍. Mata dia bulat nakal hahahaha
Fanny - alhamdulillah lucu ya si boboi. 😂
DeleteYa. Betul tu, harusnya ada 2 kucing dlm 1 rumah kecuali si Chanel, dia budak mandiri yang introvert. Kalau diberi “teman” malah bercakaran.