Friday, December 12, 2025

Kebakaran hutan dan aktiviti anak-anak di musim panas di Aussie.

Sedang musim panas di Aussie sekarang. Cuaca yang semakin terik menyebabkan banyak kebakaran hutan berlaku, termasuk yang berdekatan dengan rumah kawan kami di Kenwick semalam. Semoga semuanya dilindungi dan berada dalam keadaan selamat.

Dalam suasana panas begini, anak-anak pula sibuk dengan projek mengemas backyard.  Semua turun padang dan si kakak juga ikut datang ke rumah Mama bersama suaminya mengemas laman (thank you, my love). 

Selain itu, ai ada minta my son masuk satu pertandingan video. Maka bermulalah suasana penuh ceria di rumah semalam, budak-budak shooting, main masak-masak, dan berimaginasi macam tengah buat filem betul-betul padahal short video je.



Mama ingatkan apa  la si kakak dok sibuk mintak Ma Abah vote mana satu yang cantik.  Mama pun click ler yang belah kiri tu sebab nampak more effort ada daun-daun hijau bagai.

Si abah pula vote belah kanan.  Dan beberapa orang kawan si kakak pula vote di sos med yang lain.




Rupa-rupanya kiri tu Cik Q yang buat, kanan pula si Kakak.    Sedih dia sebab kalah dengan adiknya.  Haha.  Tapi si kakak ni memang simple orangnya.   No wonder buat “rumah” coklat pun simple2 je.  Mungkin kalau Mama yang buat Mama akan buat 2 tingkat kot.  Hihi.

Anyway, terhibur Mama melihat 4 beradik ini (termasuk menantu) menghiburkan diri di musim panas.  Kadang-kadang hal-hal yang sederhana begini lah yang akhirnya menjadi kenangan paling manis.  MasyaAllah tabarakallah.

2 comments:

  1. Comel vote pilihan masing-masing, creative sungguh. LZ baru tahu Kak Hjh dah ada menantu, tahniah. Lama sungguh tak berblogging sebab itulah LZ ketinggalan zaman. Kalau dibandingkan Malaysia dan Aussie mana lebih panas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. LZ - Tahap kepanasan Aussie waktu summer lebih kurang mcm kat Mekah, kadang mencapai 40 degree. Kalau kat Msia, tak pernah jumpa panas mcm tu. Muka memang sun burn.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.