Monday, December 15, 2025

When Summer Turns Stormy

Assalamualaikum guysss!

Baru semalam bercerita dengan uolls Perth tengah panas berdentum tetiba petang ni dah banjir kilat.   MasyaAllah.  Mungkin asbab doa dari kangaroo2 yang takut terbakar di hutan atau pun doa-doa para alim ulamak yang bermunajat di sepertiga malam kerana risau pohon anggur di lamannya kekeringan.  Wallahualam.

Mestilah terkejut penumpang-penumpang di airport dari  cuaca terang, panas berdentum tu, tetiba je petir sambar menyambar. Flight pun banyak yang delay.  Ada yang tersidai berjam-jam di airport, ada pula yang tertinggal connecting flight ke London, Abu Dhabi dan entah ke mana lagi.  Harapnya Allah permudahkan urusan mereka semua walaupun daku tak kenal dan tiada kena mengena, sekadar menyibuk menglipur lara.  😄😄




Ok lah.    Byeeeeee.


No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.