Assalamualaikum guyss!!.
Siapa pernah singgah di mesjid ini?. Usai lunch di Bawal Power Sempoi di Bangi, singgah di mesjid yang tersangatlah kemas dan cantik ini, sampai rasa sayang kalau tak ditulis dalam blog. Memang patut dipuji usaha dan dedikasi seluruh AJK masjid. Difahamkan, komuniti di kawasan ini ramai dalam kalangan insan terpelajar dan suasananya memang menggambarkan hal itu. Masya Allah tabarakallah.
Bahagian yang paling buat ai terkesan ialah tandasnya. Toilet masjid ini sangat bersih, wangi dan diselenggara rapi, sesuatu yang selalu menjadi kayu ukur bagi keselesaan jemaah. Kalau tandas pun sudah diberi perhatian begitu teliti, boleh bayangkan sendiri bagaimana indah dan tenangnya ruang solat mereka.
Maka ai memang sengaja tak ambil gambar di ruang solat. Biar anda bayangkan sendiri suasana damai itu melalui imaginasi anda sendiri.
Ini toilet.
Tempat wudhu (tak snap), juga mesra pengguna. Tidak la buat badan kita basah kuyup macam dekat….. hmm malas la nak tulis. Kekeke, kang org kata kita cerewet plak. Ia juga mesra warga emas, tak perlu turun tangga, naik lif dsbnya. Dah memang mesjidnya tak bertingkek2 pun kan?. Tapi kadang pelik kalau ada mesjid yg ruang wudhu kena naik2 lif bagai. Harap-harap kita semua kekal sihat hingga ke tua supaya tak berhadapan dengan masalah tersebut. Aamiin Ya Robbal alamin.
Depan toilet. Tempat nak bersiap2 pakai stokin,
Ruang Bersiap Yang Praktikal dan Sopan
Di hadapan kawasan wudhu wanita, ada satu ruang khas untuk jemaah wanita bagi :-
Ruang ini ditanda jelas dengan papan kenyataan:
“Ruang ini tidak digazetkan untuk solat.”
Walaupun ayatnya lembut dan profesional, mesejnya tetap sampai. Terus takut nak solat kat ruangan ini. 😆
Di dalam bilik khas ini terletaknya deretan telekung sedondon warna. Melambangkan ketelitian AJK mesjid dalam menata rias.
Telekung pun cantik warna2 beige dan nude. Bersih dan wangi.
Di luar mesjid ada deretan pepohon ala2 kurma, boleh la fefilling Madinah.
Deko dan interior yang teliti bukan untuk menunjuk mewah, tetapi untuk menghadirkan rasa tenang, kemas dan mengundang jemaah ingin singgah lagi. Itu jugalah yang ai rasai ketika menjejakkan kaki ke masjid cantik di Bangi ini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.