Saturday, December 6, 2025

Pameran aset pertahanan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Putrajaya

Assalamualaikum guysss!!.

Kalau anda tengah tercari-cari jodoh, haa… datang la ke pameran ini. Duduk terperap saja dalam kampung, macam mana nak dapat jodoh, kan?.   Kekeke.  Pameran ATM 2025 di Putrajaya hari ini penuh dengan pegawai segak beruniform dan orang awam dari seluruh Malaysia. Memang meriah!

Kami pula datang tanpa perancangan. Lepas lunch di restoran yang tak berapa nak sedap (statement kejam) di Dengkil terus lalu Putrajaya, ternampak parking semua penuh lain macam, kita pun ikut-ikut la nak menyibuk. 






Lawo la seluar ni.   Tolong hadiahkan saya satu please.  Nak beli tak de plak orang jual kat situ.  


 
Budak-budak memang happy dapat melihat semuanya ini di alam nyata.    Pendek kata,  pameran ni memang sesuai sangat untuk mereka yg ada anak kecil atau pun cucu.


Walau pun teruja.. saya segan lah nak manjat2 selfie atas tu, dibuatnya terjumpa kawan. Hahaha.




Highlight hari ini: saya sempat naik motorsikal Polis.  Dapat la fefilling Inspektor Aliza Gerak Khas kejap, tapi Aliza versi takut-takut ler.   Takut motor tu tergolek. (Eh!.  Lupa plak.. dulu Mama zaman muda mudi racing ke laut dan ke darat ye.. idak ler lembik pun).  Dah kawin je bertukar manja.





Ada Color Analysis Percuma!

Di tengah pameran, ada pula  Color Analysis percuma.
Cuma… saya malas nak naik pentas. Kalau sesi tu dibuat secara private, confirm saya orang pertama beratur.

Tapi walaupun tengok tak sampai lima minit (sebab nak kejar waktu Asar), saya rasa saya dah dapat clue pasal skin tone saya.


Dari gandingan warna yang beliau ini tunjukkan, saya agak saya dalam kategori warm-neutral, jenis kulit yang nampak lebih berseri bila pakai warna tanah, olive, or warm rose.





Info Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku

Kalau anda nak datang, ini maklumat lengkap Pameran ATM 2025 di Putrajaya:

📅 5 – 7 Disember 2025
⏰ 9.00 pagi – 9.00 malam
📍 Pekarangan Dataran Putrajaya

Acara ini sangat sesuai untuk:

  • Peminat aset ketenteraan

  • Keluarga yang cari aktiviti hujung minggu

  • Peminat color analysis

  • Pelajar sekolah

  • Peminat buskers & demonstrasi taktikal

Antara segmen menarik:

🔹 Pameran Aset Pertahanan & Senjata ATM
🔹 Pameran Aset Pasukan Khas
🔹 Hospital Medan & Pemeriksaan Pergigian Percuma
🔹 Persembahan Buskers ATM
🔹 Demonstrasi Taktikal ATM
🔹 Pameran Kerjaya ATM



Ada permainan teka perkataan tadi, gigih pula join.
Alhamdulillah dapat 2 ketul batik yang comel-comel ni. 

Ada satu booth lagi menawarkan pakej umrah percuma dan penginapan hotel percuma pun ada.  Tapi kami tak sempat nak join.  


Solat asar dan maghrib di mesjid yang letaknya tak sampai 5 minit dari tempat pameran.

Then sambung semula beli barang untuk anak-anak.


Akhirnya dapat beli t.shirt ni untuk kami 6 beranak.  Ok la ni kan untuk sessi “family Day suka suki” di Kingspark atau untuk jalan2 sesama di hari yang bukan winter.  Hihi.   


Sekian.


No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.