Monday, March 23, 2026

Cerita Raya Pertama

Rezeki bukan sekadar duit je, dapat berkumpul lengkap sekeluarga di hari raya juga rezeki. Alhamdulillah.

Selesai solat raya di dewan, kami bergegas pulang untuk sessi bersalam-salaman raya berlima.  Petang pula ke rumah “Si kakak”.   Dia kata buat roti jala tapi karinya tak menjadi.

Ai  sangka, betul2 teruk dan tak menjadi, rupa-rupanya sekadar terpedas.   Baru ai teringat, yang nak makan tu omputeh.  Mungkin sedikit pedas untuk mereka tapi tak la teruk sangat sampai tak sedap langsung, masih boleh diperbaiki dengan menambahkan kentang, santan atau pun carrot.

Cari rempah kari Adabi tak jumpa, guna rempah kari kat sini memang pedas dan pedar.   Bukan salah org yg masak.


Mungkin bentuknya masih tak secantik Mama buat tapi ok la ni. Akhirnya menambah-menambah juga kami makan. 

Ipar duainya pula walaupun berlainan pegangan, tetap  menyantuni “Si Kakak” dengan memberinya  pelbagai hadiah, kuih raya dan ang pow.   

MasyaAllah, tabarakallah.

Dalam dunia yang sering membesarkan perbezaan, masih ada hati-hati yang memilih untuk melihat persamaan.



Eh!.  Terselit plak gambar raya ke empat.


Antara menu yg ai gandingkan dgn lontong daun pisang aritu.  Daging kicap.  Selalunya ai buat pedas2 juga tapi nak jadikan dia international saya buat mild je kali ni.

No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.