Monday, March 23, 2026

Cerita Raya Pertama

Rezeki bukan sekadar duit je, dapat berkumpul lengkap sekeluarga di hari raya juga rezeki. Alhamdulillah.

Selesai solat raya di dewan, kami bergegas pulang untuk sessi bersalam-salaman raya berlima.  Petang pula ke rumah “Si kakak”.   Dia kata buat roti jala tapi karinya tak menjadi.

Ai  sangka, betul2 teruk dan tak menjadi, rupa-rupanya sekadar terpedas.   Baru ai teringat, yang nak makan tu omputeh.  Mungkin sedikit pedas untuk mereka tapi tak la teruk sangat sampai tak sedap langsung, masih boleh diperbaiki dengan menambahkan kentang, santan atau pun carrot.

Cari rempah kari Adabi tak jumpa, guna rempah kari kat sini memang pedas dan pedar.   Bukan salah org yg masak.


Mungkin bentuknya masih tak secantik Mama buat tapi ok la ni. Akhirnya menambah-menambah juga kami makan. 

Ipar duainya pula walaupun berlainan pegangan, tetap  menyantuni “Si Kakak” dengan memberinya  pelbagai hadiah, kuih raya dan ang pow.   

MasyaAllah, tabarakallah.

Dalam dunia yang sering membesarkan perbezaan, masih ada hati-hati yang memilih untuk melihat persamaan.



Eh!.  Terselit plak gambar raya ke empat.


Antara menu yg ai gandingkan dgn lontong daun pisang aritu.  Daging kicap.  Selalunya ai buat pedas2 juga tapi nak jadikan dia international saya buat mild je kali ni.

7 comments:

  1. Selamat hari raya. Maaf zahir batin.
    Cantik kek lapis, menyerlah warnanya.

    ReplyDelete
  2. betul tu ramai je lagi insan-insan yg baik memilih utk memahami perbezaan masing-masing..

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya. maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kak...roti jala tu walau x secantik akak buat tapi good try kan...SA langsung x pandai..hahahahah

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  6. Menantu akak mat salleh rupanya.. teringin pulak nk buat roti jala.. hari tu buat x menjadi sgt x puas hati

    ReplyDelete
  7. Isssh kalau pedas karinya, memang sukaaa lah saya 😄😄. Tapi Krn Untuk lidah2 yg dah biasa tak pedas, pastilah susah nak makan kan

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.