Rezeki bukan sekadar duit je, dapat berkumpul lengkap sekeluarga di hari raya juga rezeki. Alhamdulillah.
Selesai solat raya di dewan, kami bergegas pulang untuk sessi bersalam-salaman raya berlima. Petang pula ke rumah “Si kakak”. Dia kata buat roti jala tapi karinya tak menjadi.
Ai sangka, betul2 teruk dan tak menjadi, rupa-rupanya sekadar terpedas. Baru ai teringat, yang nak makan tu omputeh. Mungkin sedikit pedas untuk mereka tapi tak la teruk sangat sampai tak sedap langsung, masih boleh diperbaiki dengan menambahkan kentang, santan atau pun carrot.
Cari rempah kari Adabi tak jumpa, guna rempah kari kat sini memang pedas dan pedar. Bukan salah org yg masak.
Mungkin bentuknya masih tak secantik Mama buat tapi ok la ni. Akhirnya menambah-menambah juga kami makan.
Ipar duainya pula walaupun berlainan pegangan, tetap menyantuni “Si Kakak” dengan memberinya pelbagai hadiah, kuih raya dan ang pow.
MasyaAllah, tabarakallah.
Dalam dunia yang sering membesarkan perbezaan, masih ada hati-hati yang memilih untuk melihat persamaan.



Selamat hari raya. Maaf zahir batin.
ReplyDeleteCantik kek lapis, menyerlah warnanya.
betul tu ramai je lagi insan-insan yg baik memilih utk memahami perbezaan masing-masing..
ReplyDeleteselamat hari raya. maaf zahir & batin.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kak...roti jala tu walau x secantik akak buat tapi good try kan...SA langsung x pandai..hahahahah
ReplyDeleteSelamat hari raya maaf zahir batin..
ReplyDeleteMenantu akak mat salleh rupanya.. teringin pulak nk buat roti jala.. hari tu buat x menjadi sgt x puas hati
ReplyDeleteIsssh kalau pedas karinya, memang sukaaa lah saya 😄😄. Tapi Krn Untuk lidah2 yg dah biasa tak pedas, pastilah susah nak makan kan
ReplyDelete