Assalamualaikum wbt,
Anak-anak begitu teruja melihat gambar-gambar di sekitar Lombok yang kami kongsikan di WA. Berazam untuk ikut serta di masa akan datang. Namun, untuk Bukit Sembalun ini, mungkin saya sendiri tidak akan menyarankan mereka ke sana. Kita boleh tukar plan ke jalan-jalan datar atau shopping2 kain tenun.
By the way, alhamdulillah atas pengalaman ini, tetap saya syukuri sebagai satu kenangan yang berharga.
Tahniah juga buat diri sendiri kerana berjaya mengharungi perjalanan yang berliku tanpa mabuk atau pening kepala, walaupun tidak mengambil sebarang ubat.
Sejujurnya, rasa kurang selesa itu berpunca daripada tempoh perjalanan yang agak panjang, ditambah pula dengan keadaan jalan yang bersimpang-siur. Menaiki kenderaan yang tidak begitu besar juga sedikit menyumbang kepada ketidakselesaan tersebut. Sepanjang perjalanan, kami turut terlihat beberapa kenderaan berhenti di tepi jalan, mungkin penumpangnya tidak tahan dan perlu muntah, yang secara tidak langsung menambahkan lagi rasa nervous kita yg melihatnya.
Dalam perjalanan, kami turut melalui kawasan Bukit Rinjani. Di situ, hati ini turut tersentuh. Al-Fatihah buat sahabat suami yang telah pergi akibat terjatuh ketika mendaki. Sesungguhnya, setiap perjalanan itu ada ceritanya, ada yang kembali dengan kenangan, dan ada yang kembali kepada Pencipta.
Mungkin benar, bukan semua perjalanan itu tentang destinasi. Ada yang hadir untuk mengajar kita erti sabar, syukur, dan melihat kehidupan dari sudut yang lebih dalam.






cantiknya bunga purple tu.
ReplyDeleteMasya Allah, bagi saya foto yg kakak ambil pun dah cantiiiiiiik sangat kak. 😍😍😍😍. Saya memang hrs kesana lah. Dah banyak kali dengar ttg Sembalun. Tempatnya sejuk pula kan.
ReplyDeleteYa Allah, pendaki Malaysia yg jatuh tahun lalu, itu teman suami Kakak?
alaaa...x dapat tgok video..akak apa nama bunga purple tu...cantik betul...boleh hidup di kawasan sana aje kot kan...
ReplyDelete