Sepanjang di Lombok, kami menginap di Novotel Lombok Resort & Villas. Tak pasti dengan orang lain, tetapi secara peribadi, saya memang suka dengan hotel ini.
Di bahagian belakang hotel, terdapat sebuah pantai yang agak cantik. Pemandangannya menenangkan, bangku-bangku untuk beristirehat juga banyak, cuma ombaknya agak kuat dan kawasan berkarang. Jadi, hasrat untuk bermandi-manda di laut terpaksa dilupakan. Akhirnya, kami beralih ke swimming pool sahaja sementara menunggu malam untuk makan malam bersama.
Bilik selesa, disajikan pemandangan hijau yang menenangkan jiwa. Rasa lapang minda sepanjang kat sini. Tak fikir masalah duniawi dan kerja.
Sarapan pagi percuma dgn hidangan yg pelbagai.
Mr King Abdul Aziz, Bell Boy yang peramah dan kelakar
.
Melihat seni binanya yang cantik, mungkin betul la orang kata, Lombok ni macam Bali tapi versi Islamik. Di setiap bandarnya banyak mesjid, sebab tu la disebut kota 1000 mesjid. Tapi tak tau lah sebab saya pun belum pernah ke Bali walau pun ramai teman di sana.
Sekian.







cantik hotelnya tu. patut la ramai orang bercuti ke lombok.
ReplyDeleteGroup chained hotel Accor ini memang saya suka. Novotel , Mercure, grand Mercure, itu favorit saya. Walaupun Novotel ini kadang ada juga yg pakai bangunan tua. Tapi kalau dapat yg baru, memang best.
ReplyDeleteSaya malah belum pernah ke lombok, tapi dah banyak kali ke Bali 😄. Soalnya dulu zaman kerja , setiap outing pasti destinasinya Bali kak 🤣. Jadi tiap tahun dulu ke Bali dengan teman2 kantor
Masa SA pi Lombok dulu 2015, SA stay kat The Jayakarta Beach Resort & Spa..1/2 jam nak ke Gili Terawangan...makanan kat sana OK la...boleh makan...SA teringin nak pi lagi sekali abwak Dania dan Suami
ReplyDelete