Assalamualaikum everyone!
Lama tak update blog. Busy sikit. Malam hari tu my son ajak makan kat gerai makan baru. Bumi Perth yang basah menambahkan lagi rasa lapar. Sesungguhnya saya seorang peminat hujan bila di Australia.
Ternyata tak menyesal sebab semuanya memang sedap-sedap. Sesuai namanya “Gerai Sup Meletop”.
Lokasi di Crimea Street, Morley. Beberapa deretan gerai lain juga terdapat di situ. Tapi tak pasti plak halal ke tak sebab malam tu niat cuma nak terus ke Gerai Sup Meletop ni je.
Sup Daging yang sedap. Hujan mula berhenti, pelanggan-pelanggan lain yg tadinya menunggu mula memenuhi bangku-bangku bawah pokok yang tadinya basah.
Nasi goreng kampung dia memang the best, serupa makan di Malaysia.
Insha Allah akan repeat di lain kali sebagai aktiviti di malam hari. Ditutup pada hari Isnin dan Selasa.




No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.