Thursday, May 21, 2026

Gerai Sup Meletop di Perth

Assalamualaikum everyone!

Lama tak update blog.  Busy sikit.    Malam hari tu my son ajak makan kat gerai makan baru.  Bumi Perth yang basah menambahkan lagi rasa lapar.   Sesungguhnya saya seorang peminat hujan bila di Australia.




Ternyata tak menyesal sebab semuanya memang sedap-sedap. Sesuai namanya “Gerai Sup Meletop”.



Lokasi di Crimea Street, Morley.   Beberapa deretan gerai lain juga terdapat di situ.  Tapi tak pasti plak halal ke tak sebab malam tu niat cuma nak terus ke Gerai Sup Meletop ni je.



Sup Daging yang sedap.   Hujan mula berhenti, pelanggan-pelanggan lain yg tadinya menunggu mula memenuhi bangku-bangku bawah pokok yang tadinya basah.




Nasi goreng kampung dia memang the best, serupa makan di Malaysia.


Insha Allah akan repeat di lain kali sebagai aktiviti di malam hari.   Ditutup pada hari Isnin dan Selasa.

9 comments:

  1. cayalah dah sampai ke Perth Sup Meletop ni. Dari mula kahwin tahun 2004 hinggalah kami pindah ke Seremban tahun 2023, meamng sentiasa pergi ke kedai sup meletop ni sbb nak pekena mihun sup dia. dari kedainya cuma bawah pokok sampailah dah jadi restoran. tapi taktaulah kalau ownernya orang yang sama atau ahli keluarganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ammi - I see. Mungkin ada kaitan lah tu lantas skg mendonia.

      Delete
  2. Hujan2 makan sup panas memang sedap.

    ReplyDelete
  3. betul-betul mendoniaaaaa sup meletop!

    ReplyDelete
  4. Td baca komen kak Ammi, berarti ini cadangan dan pusatnya di Malaysia yaa? Aiiiih JD pengen cobaaaa saat di KL nanti 😍😍😍. Dr bentuknya dah tertarik memang nak coba kak . Saya sukaaaa sup begini, apalagi irisan dagingnya pun banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fanny - Iya. Mungkin ada cawangannya di Malaysia. Nanti U tanya Ammi lokasinya ya.

      Delete
  5. Fuhhh memang sedap la tu kalau dapat sup meletop ni lepas hujan dan makan panas panas... Nasi goreng kalau dpt vibe mcm di Malaysia mmg layan huhu

    ReplyDelete
  6. SA pun suka makan menu2 sup dan mee...nak- nak kalau hujan2 kan...dapnyaaa.....orang Malaysia ke meniaga kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA - Ya. Our second time pegi aritu, I dah interview, dorang from Kedah. Betul lah kata Ammi tu, ada cawangan kat Msia.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.