Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

Friday, December 5, 2025

Bila Erra Fazira Mengingatkan Saya Tentang Anniversary Sendiri


Eh!.  Our anniversary is just around the corner?.

Rasanya mungkin sebab perkahwinan ni dah masuk fasa purba, jadi sendiri pun hampir terlupa tarikh. Bila Erra Fazira umum nak nikah dalam bulan yang sama… eh, baru la teringat tarikh nikah sendiri. 😆😅


Sejujurnya, ai rasa tak perlu pun nak mengharap sebarang present tahun ni. Beberapa bulan kebelakangan ni pun dah banyak benda yang beliau beri.  Contohnya, gambar di bawah ni, beliau ada meminta Mr. BB Jr. tolong belikan puffer jacket (BB bukan big BRADER, it stands for Big Boss (my son). Masa tu Australia tengah Black Friday sale, jadi dapatlah harga berganda murah berbanding beli di Malaysia.





Yang buat ai hairan, entah ke mana menghilangnya puffer kesayangan ai yang comel-comel tu. Tak pasal-pasal kena beli baru.  Tapi kalau Cik Q dah sedekahkan pada Salvos, it’s ok.. Mama halalkan.   Asalkan bukan dibuang.

Bila ditanya, “Mama nak warna apa?”, ai terus jadi buntu. Sudahnya ai pilih warna yang sama dengan yang hilang. Oh dunia! Lihatlah tahap kesetiaanku ini. Bila ai suka sesuatu tu, itu je la yang ai akan pilih berkali-kali.

Cuma satu je ai risau, jangan nanti lepas dah beli yang baru, yang lama tiba-tiba muncul balik. Itu memang plot twist paling haru.

P/S :  Ucapan sempena anniversary yg ke 28 tahun ini?.    Emmm.. nanti la ai wassap je.  Bukan dia baca blog ai pun. 🤓.   Cuma harapnya my hubby selalu meredhoi isterinya ini dunia dan akhirat.   Itu je la “tiket” kita puan2.


Monday, December 12, 2022

Anniversary kami yang ke 25 tahun.

Bersikaplah biasa walau Allah telah banyak  menitipkan pada kita banyak perkara yang luar biasa.  Kerana tanpa adanya kekuatan dan kekuasaan Allah, kita tidak dapat berbuat apa2 pun, walaupun sekadar mengerdipkan mata.    





Minggu ini... InshaAllah genap lah 25 tahun melayari bahtera rumahtangga bersama suami.    Alhamdulillah.    

Hadiah anniversary?.   Tak tau lah apa.   Kat laman pun dah penuh dgn "hadiah" sampai penat nak siram.  ( Just in case la kalau tak de suprise langsung).   Maklum la.. ini bukannya drama petang2 yg segalanya sempurna.    Ah githeww!!.   (Begitu la cara penulisan supaya tak kena evil eyes... kekeke).



 
Ok lah.. itu je bingkisan sempena anniversary kami tahun ni.    Mohon doakan kami terus bahagia, sihat walafiat till Jannah.   Aamiin YRA.


Friday, December 17, 2021

Alhamdulillah masih dipanjangkan jodoh

Dah tua2 ni macam segan pulak nak wish anniversary bagai.  Haha.  Jadi kita post macam ni je lah.   Thanks semua yg wish dan mendoakan anniversary kami yg ke doploh empat tahun beberapa hari lepas. 









First time buat entri "cenonet version" untuk tahun ini.   Selalu panjang2 sampai letih (nak muntah) orang baca agaknya.  Hihi..  BTW, thanks ye guys tetap juga singgah dan tinggalkan komen.




Wednesday, December 19, 2018

Tido pukul 3 pagi di malam anniversary ke 21

Ya Allah Ya Tuhanku.. Kau bahagiakan lah hidup anak3ku ini... kerana mereka telah membahagiakan aku.  Berjayakan lah mereka dunia dan akhirat serta berjodoh dgn insan2 yg beriman.  Aamiin.



Anniversary ke 21 tempohari..  dapat suprize dari anak3.  Tu lah present dari budak berempat (termasuk Joco) tu.   Baru hari ni sempat oter tali dia yg longgar kat tgn mama yg kurus ni.  Thanks anak3!!.

Makan2?.
Ohh....  tak sempat makan la.. sebab si Ain dah berkejar ke majlis graduasi kat Uni kawan dia.

Btw.. sehari sebelum tu ai dah ada acara makan2  dgn trainer2 dan kawan2.   Kira makan anniversary  jugak le tu.   Haaa..  (farewell party la sebenarnya..  takde nyer anniversary ).  Dorang request ai masak bariyani, tapi busy punya pasal... ku bawak gozleme instant 2 kotak.

Mana tidaknya mlm tu ai masuk tido pukul 3 pagi siapkan keja, tak kan alih2 bangun tetiba buat bariyani?.

Dorang kata tak aci sebab beli.. lantas makan sejemput dua je gozleme tu... sampai hati tau!.  Ah sebenarnya sbb banyak potluck lain yg lebih ethnic kawan2 lain bawak.. cthnya nasi kuning Indonesia, rendang dll.   Sedap2 belaka.

Begitulah episod anniversary ke 21 kami kali ni.   Tak de yg pelik2.. sbb somi ai tak romantik dan ketika sambutan ini dibuat.. beliau sdg outstation.   Haha..



Thursday, January 12, 2017

Honeymoon 2017

"Ok jgn nangis2..  nanti Sayang ikut Mummy pindah London... kita buka buku baru".

" Maaf  Papa dah terlambat...  Papa kena ambik boarding pass skg...  Papa dan Mama nak pindah Kutub Utara... awak jaga diri baik2   ".

Dialog2 yg biasa kita dengar dalam drama kan?.    Peliklah...  macam senang plak dorang ni dapat visa.   Hari ni plan... esok dah boleh main2 pindah ke oberseas dengan selamatnya dan beranak pinak pulak di sana......  Hahahaha..

It's not that simple la sayang oiii!!.   Tak taulah kalau lain negara, lain caranya.

Hmmmmm..   dah nama pun drama kan.. yg kau sibuk nak ambik kisah tu kenapa Sam?.  Baik kongsi resepi ke... ada juga pahala.

Sorry....   untuk  minggu ni takde resepi.  Masak main campak2 je 2, 3 hari ni.  Oh ya.. alhamdulillah  itu ari TERHONEY MOON dgn Encik Suami secara tak semena2.    Last minute plan.

Kami ni bukan pernah honeymoon pun.... sebab tu bila Allah bagi  peluang.. rasa bersyukur dan nikmatnya lebih sikit...  kemanisannya tu terasa2 sampai skg....    Tros rasa sayang kat somi lebih sikit.   Kah kah kah.   Wekk... yulkkkkk muntahlah. 😝😝... ai cuma nak bagi tip je pada pasangan2 yg berkahwin di luar sana..... once a while bawalah wife honeymoon walau sekadar tepi parit ujung kampung.  Hahahaha..


Kami pun honeymoon tak jauh dari rumah..  cuma saja ngengada  sewa homestay... tu pun banyak yg full house.. apa taknya pilih hari weekend.


Ok... kita belanja gambo sikit.  Sikit je.. banyak2 takut ada yg muntah ijau... seram ai!






Sedap pulak "ais krim ala2 moo" yg bro tu belanja..



Honeymoon la sangatt...😝.   temankan hubby memancing sebenarnya.  Btw... ai suka je.


Kesimpulannya...
Bukan lokasi yg menjadikan percutian kita itu indah...
Tapi...  cara bagaimana kita melalui percutian itu..

Moga anda semua sihat dan ceria...
Bahagia bersama pasangan masing2...






Tuesday, December 13, 2016

Sambutan Anniversary Ke 19

Alhamdulillah...
Setelah banyak pahit maung, suka duka, onak duri dilalui... akhirnya kini genap 19 thn usia perkahwinan aku dan suami.



Moga apa yg bakal kutulis bukan setakat kata2 penghargaan dari aku untuknya tapi sebagai azimat untuk adik2 di luar sana yg baru melangkah ke alam rumahtangga.  Dunia perkahwinan itu menuntut banyak kesabaran... dan bila kita sabar, ada sesuatu yg istimewa ALLAH sediakan di hadapan. Percayalah.... (inshaallah).


Thank hubby di atas anniversarry gift itu.
Aku dah cakap... tak payah beli "hadiah besar" tu... tapi dia berkeras juga nak belikan.  Aku cakap.. aku dah bersyukur dgn apa yg ada..  tapi dia marah2 nak beli jugak.  So, aku pasrah..

  (Mcm poyo plak statement I ni kan?.  Haha).


Tapi ia adalah fakta.   Bila kita dah lama hidup dgn dia... Allah akan turunkan perasaan "simpati" secara tak semena2.  Kita tahu dia bukan lagi muda untuk terus bekerja keras.  Nak terkejar ke sana sini. So aku tak nak dia terbeban.   Dia tak tau agaknya wife dia ni walau nampak ala2 high maintenance... ahakz tapi... fleksible (boleh dilentur2 ikut kesesuaian poket suami).   Mak adalah idolaku...  Mak menerima ayahku seadanya tanpa banyak songeh.. setia dan menjaga ayah hingga hembus nafas terakhir.   Aku ingin mewarisi semua itu walau tak 100%.




Kad ni dah berusia 20thn... dari dia untuk aku. 


Entry ini kutulis dgn menyertakan perkataan "pahit maung" kat intro tu supaya tak la nampak fantasi dan poyo pulak penulisan ini.  Idak ler macam aku nak puji somi sgt.  Tak koserlah!.

 Itulah reality sebuah perkahwinan... ada suka...ada duka.  Aku tak sempurna.. dan begitu juga dia.. sebab kita hanya manusia.  By the way..  semuanya itu Allah turunkan beserta dgn hikmah.. dan skg aku dah nampak setiap hikmah2 itu.

Sekian.


Sunday, December 15, 2013

Moga Tiada Yang Berkecil Hati

Kitorang ni bukanlah couple yg  romantik ala romantika nak sambut2 anniversary bagai.... tapi TERsambut jua akhirnya... tiap taun camtu la, takde niat nak sambut tapi TERsambut.


Tu la nak cerita ni, supaya tak menimbulkan salah faham kpd yg mungkin berkecil hati tak dijemput hadir ke majlis siang tadi.  Kalau  ikut hati ai.... (yg bajet divas nih :P)...... of coz le satu dunia ai nak jemput, baik sedara mara, rakan blogger, rakan FB, BFF, kengkawan lama,  haters (ahaks!) dsbnya... tiada yg tidak dijemput melainkan dijemput belaka!!  Biar happening meroyan!!. Wahaha!!.   Tapi.........


Tapi  tu la.....unfortunately,  ai ni bukan Cik Ta.... sapa la ai ni kan... sapa la  yg sudi nak taja juta2 intan berlian mengerlip2  :'( .   Eh!.  Harga emas tengah turun skrg ni  kan puan2.. (eh tetiba.. kekeke... saja nak bagi info).


antara tetamu yg hadir..




Cerita sebenar2nya ialah..........
sambutan tu utk reunion kengkawan sekolah si Ain... dan IRP mmg niat nak belanja diorang makan... pastu dah alang2 diorang nak buat pada 14hb Dis... Minda  Mama Ain pun terus TING!!!!.    Teringat.... oh my anniversary!!!.   So tumpang la sekali beli kek..... begitulah kisahnya...







Dah alang2 TERsambut anniversary.... so, nak buat ucapan sikit utk IRP.. tapi kang... takut ada yg termuntah plak...  emmmm takpe la, tak jadi....haha... cuma ingin mengambil kesempatan ini memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi.... akhirnya dah 16 taun kitorang  menjadi Mama/Abah si Ain, Qistina & Shashal.  Alhamdulillah....


Friday, December 14, 2012

Cinta bukan untuk diungkap... ia adalah perasaan..

Hari ni 1/2/34 tarikh dalam kalendar Islam -  alhamdulillah pada tarikh yg comel  ini juga makcik dan pakcik 2 org ni telah menggenapkan usia perkahwinannya - ke 15 tahun.  Tiada sambutan atau kad2 ucapan pun... kami berdua mmg tak romantik.    Alasan?.  "Love is not word to say, its feeling ......."

Alasan nak sedapkan ati je tu. Hehehe...  Hakikatnya kalau IRP pelawa candle light dinner... pasti secepat kilat I akan tukar baju.

INI SEMUA KERANA BOLA PUNYA PASAL!!

Malam tadi nak keluar, sibuk nak tengok bola.  Tengok la nanti, free2 kitorang sambut la kat memana.   Dlm perkahwinan ni kita jgn pening2kan benda yg simple ye Kak Mirror.  Tak dpt buat hari ni, buat esok... tak esok.. minggu depan, tak minggu depan... tahun depan... just take it easy.   Kalau kita nak ikut sgt 100%  tip2 kebahagiaan rumahtangga yg dicanang2kan pun tapi hakikatnya kita tak mampu nak lakukan... tak kan minda kita terus-terusan nak protes?.  Sudahnya bila terlalu menggali2 kekurangan yg satu, kelebihannya yg 10 kita lupakan.   



sumber :  SQA Toi Galery



p/s :    Belajar menerima pasangan kita seadanya - anugerah dari Allah pastinya yg terbaik buat kita.